Khamis, Januari 14

Hati Kecil Rakyat

Biarpun banyak gereja yang diserang, yang disalahkan adalah orang Melayu yang umumnya diketahui menganut agama Islam. Pastinya golongan minoriti akan lebih suka mengelar Melayu penindas, gila atau ganas. Yang malu? Melayu.

Tidak kurang pula ada Kuil Sikh yang diserang. Siapa yang lakukan? Melayu. Itulah yang berlaku hari ini. Dunia melihat Melayu itu adalah etnik majoriti yang gemar menindas. Pastinya masyarakat antarabangsa yang tidak kenal Malaysia akan menuduh Melayu punca segalanya. Samalah dengan rusuhan kaum di Singapura suatu ketika dahulu. Mereka (Barat dan bukan Melayu) menuduh Melayu punca segalanya. Kalau tak percaya, sila tonton The History of Singapore terbitan Discovery Channel.

Siapa dalang serang gereja? Pakatan tuduh UMNO. UMNO tuduh pakatan sengaja mengapikan cerita. Tiada satu pun pihak yang mahu bertanggungjawab.

Suka hati hangpa lah!

2 ulasan:

fara berkata...

disebabkan setitik nila...
habes satu belangga...

checkmate berkata...

disebabkan gulai tumpah kat baju...
kena salin baju baru..kahkahkah