Sabtu, Januari 30

Dulu Ketua Pemuda, tak lama lagi bawak teksi

Siapa babi Negara??!!!!!! Laungan babi ini dulu pernah kedengaran dalam parlimen Malaysia. Sekarang ini senyap saja.

Siapa tak kenal dengan Khairy Jamaluddin (KJ), ahli parlimen Rembau yang lantang bersuara tanpa memikirkan pihak lain. Dia pernah dikaitkan dengan pembelian saham ECM Libra, pernah menunjuk lagak samseng dalam pilihanraya kecil dan macam-macam lagi. Terbaru, dia didesak untuk melepaskan jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO.
Aku terbaca laporan di harakahdaily.net. baca di sini

Aku memang dah agak hal ini akan berlaku. KJ pun naik sebab bapak mentua dia si Pak Lah tu jadi PM. Sekarang ni Najib jadi PM, KJ pun dah hilang taring. Dulu mulut dia sangatlah celupar menghina dan mengaibkan Anwar Ibrahim dengan perkataan lucah dalam satu ceramah. Muka pun berlagak. Maklumlah, masa itu dia ada cita-cita nak jadi PM sebelum umur 40 tahun. Tapi sasaran dia tersasar sebab bapak mentua dia nak tido puas-puas dari jadi PM (hahahaha).

KJ dalam kenangan


Masa menang Ketua Pemuda.

Kenangan seorang Mat rempit



Dulu masa berkempen, inilah budak yang orang dok kata menantu PM

Sekarang, dia nak jadi pelakon. Tapi lagi baik jadi pemandu teksi hahahahahahaha.

http://www.youtube.com/watch?v=ghJVkN2Plm0

Sekarang ada ahli pemuda UMNO nak jatuhkan KJ. Tak tau la betul ke tak? Tapi biasalah UMNO. PM lama dah jatuh, orang PM barulah naik. Agaknya memang lepas ini KJ jadi pemandu teksi. Bolehlah dia jumpa Nazri Aziz hahahaha.

Jumaat, Januari 22

Kisah Tanggang dan ‘Hati Budi’ Wartawan Utusan.

Utusan Malaysia sememangnya akhbar pro-Barisan Nasional yang sering memaparkan berita keji mengenai Pakatan Rakyat. Setiap laporannya memenuhi penipuan dan pembohongan dengan memutar belitkan fakta asalkan imej BN/Umno bersih. Yang jahat itu pada mereka hanyalah kumpulan yang menentang BN/Umno.

Yang jahat itu hanyalah Utusan, tetapi tidaklah pada pekerja-pekerjanya yang hanya makan gaji untuk menyara kehidupan terutama Wartawan utusan. Mereka menulis atas arahan MANGKUK HAYUN PEMBODEK UTAMA BN/UMNO (MPUBU). Jika arahan mahukan mereka aibkan Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat, mereka akan tulis kerana desakan kerja. Yang penting anak bini mereka dapat sesuap nasi.

Jika anda baca Utusan 22 januari 2010, seorang ibu tua yang berusia 52 tahun pasrah apabila dihalau oleh anak perempuannya. Tumi Wongsoruju yang datang dari Sarawak telah dihalau setelah anaknya tidak mengaku dia ibu kandungnya.

Baca petikan dari Utusan ini:

“Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.”

‘Baiknya hati’ wartawan Utusan.

Alangkah bagusnya jikalau mereka menulis artikel yang bebas dari pelukan politik. Sekurang-kurangnya beritahulah pada Malaysia bahawa Adun PR Perak tidak boikot pembentangan Bajet Negeri, tetapi Adun PR Perak dihalang memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri. Ataupun tulislah Umno itu korup.

Alangkah baiknya begitu….

Khamis, Januari 21

Penyibuk Utama Negara



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh (kanan) dan isteri, Gursharan Kaur (kiri) ketika tiba di Rashtrapati Bhavan (Istana Presiden) di New Delhi,

Yang baju merah tu buat gambar ni hodoh!

Rabu, Januari 20

Hulu Selangor Pula?

Anwar Ibrahim di Bukit Sentosa. Satu tamparan buat Najib yang pura-pura lawat Bukit sentosa untuk baiki bumbung. Itulah yang bodoh dengan Perdana Menteri dari DULU, KINI dan SELAMA-LAMANYA.

Walaupun aku terlepas ceramah Anwar di sana, aku tahu Parlimen Hulu Selangor sekarang ‘goyang’, maka Najib dan sakai-sakai BN mahu ‘goncang’ Hulu Selangor. Aku rasa Hulu Selangor lagi aman dari BN sebab majoriti sudah tolak BN. Tiada apa yang menarik dengan Hulu Selangor. Cuma kawasan hulu yang sememangnya tiada yang menarik. Projek terbengkalai pun banyak.

Projek terbengkalai banyak di Bukit Sentosa dan paling tegar di Bukit Beruntung. Di kawasan Serendah, BN pernah laksana projek Taman Orkid Antarabangsa Serendah. Apa yang ada hari ini? Bukit habis dibotakkan, taman orkid itu hanya tinggal nama sahaja. Mereka buat projek itu berjuta-juta. Tapi apa yang tinggal?

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan SPRM wajar siasat mengenai Projek Taman Orkid Antarabangsa Serendah ini. Sudah bertahun0tahun ia masih belum menerima kunjungan rakyat mahupun orang luar. Pastinya ada penyelewengan yang kronik pada taman orkid ini. Isu PKFZ sudah didedahkan, taman orkid bila lagi? Sekecil-kecil tempat yang tak dikenali macam Serendah, masih ada bukti yang menunjukkan PENYELEWENGAN KUASA DAN RASUAH UMNO/BN. Begitulah busuknya UMNO/BN ini.

Di Kawasan serendah juga giat dijalankan aktiviti meratah bukit yang hijau ketika pemerintahan BN Khir Toyol dulu. Kawasan yang terlibat adalah Serendah, Sungai Gapi, antara Gapi dan Kuala Kubu Baharu. Kalau tak percaya, bawalah kereta menghala ke utara melalui jalan utama daerah itu, nampaklah banyak bukit yang tobek dan botak serta banyaklah projek terbengkalai bertahun-tahun. Di Kuala Kubu Baharu saja ada dua kawasan perumahan yang terbengkalai sejak 5 tahun dahulu. Ia kekal jadi monumen BN/UMNO.

Setelah bertahun-tahun duduk di daerah yang dicengkam dengan KEBODOHAN BN/UMNO, maka rakyat sudah meluat dan tolak BN pada pilihanraya umum baru-baru ini. G.Palanivel (BN), pulang menangis-nangis sebab kalah dengan PKR (Datuk Zainal). Kini, Datuk Zainal pula buat hal. Entahlah, aku dengar Datuk Zainal diserang strok (betul ka?) dan sukar untuk melakukan tugas-tugas wakil rakyat.

Hulu Selangor masih banyak yang harus diperbetulkan sejak pemerintahan Khir Toyol. Tapi bukan mudah untuk kerajaan Pakatan Rakyat hari ini laksanakannya kerana sudah bertahun-tahun saka BN/UMNO ini merosakkan Hulu Selangor.

Ingat tak anda pada kes PENYAPU Khir Toyol? Hadiah penyapu diberi kepada Yang diPertua Hulu Selangor kerana prestasi PBT tersebut merosot (gambar). Anak toyol tak sedar, bertahun dia jadi MB, satu habuk pun tak menguntungkan Selangor.



Eloklah anak Toyol yang dapat penyapu.

*****

Aku berasal dari Serendah. Masalah sosial di Serendah sangat teruk.

Khamis, Januari 14

Hati Kecil Rakyat

Biarpun banyak gereja yang diserang, yang disalahkan adalah orang Melayu yang umumnya diketahui menganut agama Islam. Pastinya golongan minoriti akan lebih suka mengelar Melayu penindas, gila atau ganas. Yang malu? Melayu.

Tidak kurang pula ada Kuil Sikh yang diserang. Siapa yang lakukan? Melayu. Itulah yang berlaku hari ini. Dunia melihat Melayu itu adalah etnik majoriti yang gemar menindas. Pastinya masyarakat antarabangsa yang tidak kenal Malaysia akan menuduh Melayu punca segalanya. Samalah dengan rusuhan kaum di Singapura suatu ketika dahulu. Mereka (Barat dan bukan Melayu) menuduh Melayu punca segalanya. Kalau tak percaya, sila tonton The History of Singapore terbitan Discovery Channel.

Siapa dalang serang gereja? Pakatan tuduh UMNO. UMNO tuduh pakatan sengaja mengapikan cerita. Tiada satu pun pihak yang mahu bertanggungjawab.

Suka hati hangpa lah!

Khamis, Januari 7

UMNO berpura-pura

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak dapat menghalang sekiranya ada mana-mana pihak ingin mengadakan tunjuk perasaan atau demonstasi bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah di sekitar kawasan masjid selepas sembahyang Jumaat, esok.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berharap perkara itu tidak akan berlaku dan sekiranya berlaku ia secara minimum tanpa mengundang perkara negatif sehingga merebak dan tidak terkawal.
*******************************


Najib Monggoli mula tunjuk bodoh dengan membenarkan demostrasi. Inlah kenyataan PM yang bodoh dan bangang bila benarkan demostrasi. Kalau Pakatan Rakyat bantah ketidak telusan pilihanraya, Kerajaan arah Polis sembur air, tembak dengan bom asap dan macam-macam lagilah. Bila Pejuang bahasa menentang PPSMI, kerajaan tangkap rakyat, sumbat dalam lokap. Bila ada yang menetang kezaliman ISA, menuntut kebebasan bersuara, mereka tangkap dan dakwa di Mahkamah. Inilah permainan jijik Umno umpama NAJIS!

Apa sebenarnya agenda Umno? Selama ini siapa yang berdemo, semua ditangkap. Ini menunjukkan bahawa Najib ni kononnya baik, seorang pemimpin Islam sejati. Khhhaaaaak PtuihHHH!!!! Aku ludah saja bila baca semua pembohongan ini.

Umno menggunakan peluang ini (Isu kalimah Allah) untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Nampak sangat la NAJIB woi! Permainan kau memang jijik macam NAJIS!! Jangan ingat orang lupa tentang Enjin Jet, kapal Selam dan akan datang, Dr Pornthip akan datang buat bedah siasat mengenai kematian Beng Hock.

Warisan Kolonial hingga kini

Tertulis dalam sejarah terutama dalam Linguistik Melayu sejarawi menyatakan usaha pihak penjajah yang cuba menukar agama orang Melayu dari Islam ke Kristian. Penjajahan bukan beerti jajah dengan memerintah dan mengaut keuntungan semata-mata, akan tetapi mereka turut menyebarkan agama Kristian.

Penggunaan alat cetak secara meluas pada 1806 di Pulau Pinang telah menghasilkan hikayat sastera dalam bentuk menyebaran agama Kristian serta kitab Bible dalam bahasa Melayu. Contoh-contoh dakyah Kristian:

1. Certera Hikayat Isa (1831)- sebuah penulisan mengenai Jesus.

2. Risalah: Bahawa Hendaklah Engkau Menyembah Allah dan Berbakti kepadanya sahaja (1832) – Mubaligh Kristian telah menggunakan perkataan ALLAH supaya orang Islam terpengaruh bahawa Krisyian juga turut menyembah Allah. Hakikatnya mereka hanya mahu memesongkan akidah orang Melayu sama seperti yang berlaku hari ini. Ia dicetak sebanyak 2000 naskah oleh Singapore Mission Press.

3. Tamsil Yakni Perbandingan Agama Tuhan Isa al-masih dengan Agama Muhammad (1839) – menggunakan tulisan jawi dan ditulis oleh Paderi Thomas Beighton.

4. Pujian-pujian Yakni Tahlil yang dinyanyikan oleh Orang Masihi (1839) – Juga ditulis oleh Paderi Thomas Beighton.

5. Kebangkitan al-masih (1839) - Juga ditulis oleh Paderi Thomas Beighton.

6. Risalah Kristian (1840) – Tulisan Paderi John Bunyan dengan tulisan jawi.

7. Bahawa ini pujian-pujian yang dinyanyikan berbagai-bagai lagunya (1840) – Dicetak di Singapura.

8. Hikayat Seorang budak bernama Tom (1840) – dicetak dengan menggunakan tulisan jawi di Pulau Pinang.

9. Bahawa ini Hikayat Isa (1843).

Sebenarnya ada banyak karya cetak untuk menyebaran Kristian di Tanah Melayu, jumlahnya beribu dan ada yang tidak dapat dinyatakan. Ini merupakan sebahagian dari bentuk pasif mubaligh dalam usaha untuk mendekati orang Melayu dengan kristian.

Bible guna bahasa Melayu?

Bahasa Melayu umumnya diguna sepenuhnya oleh orang Melayu. Pada zaman Kolonial, Kristian hanya dianuti oleh orang eropah yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan harian. Tetapi bila mereka menggunakan BM dalam percetakkan kitab-kitab Kristian, nampaklah hakikatnya mereka memang mahu mengkristiankan orang Melayu. Itu kisah zaman Kolonial. Mubaligh Kristian berputih mata kerana gagal menyebarkan Kristian pada orang Melayu. Yang berjaya terpengaruh hanyalah orang Cina dan India yang dibawa masuk ke tanah Melayu.

Kini, setelah merdeka lebih setengah abad, warisan Mubaligh colonial masih diteruskan. Mereka masih menggunakan BM sebagai salah satu bahasa dalam agama Kristian. Mereka mendakwa ia digunakan oleh penganut Kristian di Borneo maka wujudlah naskah Al-Kitab (Bible).

Namun ia tidak mengapa kerana BM adalah lingua-franca, bahasa Kebangsaan dan bahasa paling berpengaruh di Malaysia. Mungkin mereka terlalu cintakan BM sehingga mahu menggunakan BM dalam hal agama Kristian.

Masalahnya, bila mereka menggunakan perkataan Allah, ia boleh menimbulkan kekeliruan. Kekeliruan ini sengaja ditimbulkan kerana mereka bertujuan mahu menyebarkan agama Kristian pada orang Melayu khususnya. Berbalik pada rujukan mengenai karya “Risalah: Bahawa Hendaklah Engkau Menyembah Allah dan Berbakti kepadanya sahaja (1832)”. Kalimah Allah jelas menunjukkan ia memang diguna untuk menyebarkan Kristian pada orang Melayu. Di Singapura pada masa itu ada orang Borneokah? Jika ia diguna untuk orang Kristian, orang Inggeris, cina atau India guna BM kah? Mereka boleh menipu tetapi orang Melayu tidak mudah ditipu. Penat sahaja usaha mereka 200 tahun dahulu gagal, kini diwarisi anak-anak bangsat millennium.

Parti Islam SeMalaysia telah menyatakan pendirian tidak menyokong, NGO-NGO Islam juga turut membantah, Kerajaan pula berusaha untuk mengemukakan rayuan. Kita harap semuanya selesai dengan baik tanpa mencetuskan pergaduhan kaum di Malaysia. Umat Islam di Malaysia perlu bersatu menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian.

Yang dibimbangi.

PAS menentang, UMNO turut menetang. Jangan pula si bodoh dalam UMNO guna peluang ini untuk memecahkan PAS dalam Pakatan Rakyat. Islam boleh bersatu menentang musuh Islam iaitu orang kafir. Akan tetapi, jika UMNO juga isu ini sebagai permulaan politik mereka, memang benarlah UMNO tak ikhlas. DAP senyap saja. Pergi mana jaguh sosialisme itu?

Isnin, Januari 4

UMNO tengah main wayang PENIPU, ana ditipu daa...

Setelah bertapa 2 hari 2 malam, baru malam isnin aku dapat hidu bau tahi.
tahi UMNO!

Sedang aku makan, aku tengoklah berita Tv3 yang bodoh membodek (sebab restoran itu tayang tv3.

Aku tergamam sejenak, macam biasalah, UMNO pun nak jadi Hero la konon untuk bela Islam.

Aku rasa, ini ada kaitan dengan kepentingan politik.

almaklumlah...kapal UMNO dah bocor.

Balik dari makan, aku selongkar semua laman...

Memang betullah, isu ini sengaja dibuat.

UMNO guna taktik jijik untuk tarik perhatian Melayu.

Mereka nak tutp semua kelemahan mereka.

Orang kristian guna nama Allah, sampai mati aku tak terima, begitu juga dengan semua umat Islam.

Tapi bila UMno perbesar isu ini, dengan gaya poyo UmnO, memanglah aku ditipu dan tertipu.

Melayu mudah ditipu.

Mujur aku belum maki hamun gereja-gereja nguk ni.

tak mengapa, kita tunggu dan lihat keberukkan UMNO.

BIKIN GUA PANNAAAASSSSSSSSSSSSSS BETUL!!!!!!!!!!!!!!!