Selasa, September 22

Raya dengan Nombor Ekor!!!!

Kejadian ini berlaku pada raya pertama, lepas orang ramai pulang bersolat aidilfitri.
inilah yang berlaku di Taman Sri Rampai KL di mana kelibat beberapa manusia berpakaian baju Melayu pergi beli nombor ekor. nombor judi tu la!!!!!!!





Hahaha. yang ni pakai helmet. takot kantoi dengan bapak mentua hahahahahaha
apalah dorg ni. dah tau raya, bulan baik, buatlah baik.
korang tu dah la miskin, hidup susah, lagi mau main judi

apelah banggang sangat

Jumaat, September 18

Iklan raya dan kasih Ibubapa


Asyik aku memcari iklan-iklan raya terdahulu terutama dari Petronas, hati ini mulalah terdetik..da rasa diri semakin dewasa. kebanyakkan iklan Petronas banyak menyentuh hubungan kekeluargaan. Betapa bernilainya kasih anak pada ibubapa bila usia mereka meningkat. ketika kecil mereka jaga makan pakai kita, tetapi bila sudah dewasa, kita kerap guriskan hati mereka. Ingatlah jasa mereka.

*Sebelum lahir, mereka bekerja keras cari duit kerana mereka tahu banyak duit untuk dipakai bila kita lahir.
*ketika bayi, nyamuk sekor pun tak boleh dekati kita.
*mereka tatap wajah bayi kita dengan mencium banyak-banyak kali.
*kita berak, mereka basuhkan biarpun tangan mereka kotor.
*mereka tidak dapat tidur lena kerana tiap malam kita meragam, merengek.
*Ayah kita membanting tulang empat kerat demi beri kita setitis susu.
*Ibu pula tidak pernah terlepas pandang pada kita kerana takut terjadi yang buruk pada kita.


Bila sudah dewasa, apa balasan kita pada ibubapa kita?
*Bagi duit tiap bulan?
*Tunjukkan Ijazah yang dibanggakan?

Apapun semua tak penting. yang mereka mahu kita ada dengan mereka. semakin usia meningkat, nilai sentimental orang tua ini semakin kuat. apa yang perbah mereka sayangi, itulah mereka mahukan

Raya ini, jumpa mak ayah kita, cium mereka, peluklah erat-erat. kerana kita tidak tahu bilakah saat indah ini berkekalan. sejahat-jahat kita, jangan sekali kita derhakai ibubapa kita. mereka sudah bertahun menempuh perit pahit membesarkan kita.

Tontonilah iklan-iklan ini. walaupun korang dah tengok, tengoklah lagi. Cuba bayangkan kita ditempat mereka.



Tengoklah si anak, baru dia tahu betapa bodohnya dia masakecil. bapak dia terima kebodohan dia tanpa jemu-jemu menjawab soalan bodoh anaknya. tapi bila dah besa,lagi jadi bodoh.




si anak sebok cari duit. korang ingat dengan ijazah dan duit boleh bahagiakan mereka? mereka nak korang gak. tu pun mereka sanggup beralah.



iklan ini memang sakit hati!! menantu hantu. kurang ajar dengan bapak mentua. dia tak tahu ke tu wali anak dia. tapi pengajaran cerita ini baguskan?



tersentuh aku tengok mamat tu jaga bapak dia.



iklan ini nampak macam budak-budak ni curi lembu, tapi apa yang penting, mereka berjaya mengubat hati ibu mereka.

****video lain carilah kat youtube

bila tengok sebahagian iklan ini, aku teringat akan tok abah aku yang kencing dalam kereta bapak aku sebab tak tahan sangat. bapak aku cuci kencing tu, marah pun tak. dia senyum je. aku masa tu pulak merungut kena tolong buat kerja tu. bila usia meningkat, barulah aku faham, itulah tanggungjawab seorang anak lebih-lebih lagi anak sulung.
Masa mak aku jaga arwah atok aku yang lumpuh, aku juga merungut sebab atok aku berak tak bagitau, habis bau satu rumah. tapi mak aku rilek je cuci berak atok aku. bila aku ingat balik peristiwa itu, aku sedar, nikmat dunia ini tak lama, kejap saja tuhan tarik. masa susah, keluargalah jadi tempat kita mengadu dan minta pertolongan. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Atok aku, Md Salleh bin Abdul Rahman. Al-Fatihah.

semoga apa yang berlaku jadi iktibar.

Khamis, September 17

Bangsaku Berjaya

Hari-hari aku belek buku bahasa Melayu, linguistik Melayu kerana nak memahami bangsa sendiri. Kadang-kadang aku jadi tak faham apa aku baca dengan macam-macam pendapat dalam buku-buku itu. Baik aku tidur. Nak belajar lagi, kerja lagi. Ilmu-duit….itu yang terpenting sekarang ini.
Hati memang sakit bila mengenangkan perangai bangsa aku sendiri. Aku tak pernah jumpa manusia sehina mereka. Ada sebahagiannya sering menyakitkan hati. Tapi bila perkara ini berlaku, aku sedar dan aku berharap aku tidak akan jadi seperti mereka kelak. Itulah MELAYU. Satu bangsa yang hebat di rantau Nusantara ini, yang bahasanya berada di tempat ke empat paling ramai penutur di dunia. Bangsa yang bersepah jauh di seluruh Pasifik dan lautan Hindi.
Bila sudah kaya, berjawatan tinggi, berkereta mewah, mereka inilah yang paling sombong dan bongkak. Jika dibandingkan dengan Cina dan India, bangsa Melayu yang berkedudukan tinggilah paling angkuh dan bongkak.
Pengalaman menjadi lelaki yang seperti tunggul berhiaskan Exxonmobil, Syn5000, SynF1 sering menerima teguran seperti “lembap, slow, lampi, tak professional…….” Macam-macam lagilah. Ini bukan kali pertama. Sejak aku jadi tunggul berhias KFC holding lagi benda ni jadi macam ni. Beza sungguh perangai kaum tertinggi di Malaysia ini.
Ia, memang benar kata mereka. Golongan pekerja macam aku ini tidak berpendidikan tinggi seperti mereka. Aku boleh tersenyum sahaja. Cakap banyak pun macam membodohkan diri, ada baiknya aku diam saja.
Aku ingat lagi peristiwa yang menyakitkan hati aku. Rasa nak aku tumbuk saja muka makcik tu. Sudahlah bertelekung baru balik Tarawih, isi minyak murah Ron95, pakai CRV. Kawan aku terbuat silap bila dia tertekan Cash sedangkan mak cik tu guna kad kredit. Terus dia maki hamun kawan aku. Apa silapnya. Kawan aku tu manusia biasa, janganlah herdik dia macam dia tu manusia tak bermaruah. Itulah MELAYU.
Siapa-siapa yang baca artikel murah aku ni, beringatlah. Jadilah manusia yang rendah diri dan berfikir panjang. Memang kita banyak duit, tapi duit itu tidak kekeal. Yang penting ialah penyatuan bangsa MELAYU itu menjadi nombor satu di negara ni. Barulah aku faham, memang hebatlah penjajah barat menjajah MELAYU kerana mereka tahu mana kelemahan MELAYU itu. Sesama bangsa sendiri pun tak mahu tolak ansur.
Selamat Berhari Raya. Aku halalkan minyak yang mereka isi nak balik kampung.
sekian