Rabu, Disember 30

Si penakut cuba membodohkan diri sendiri

Hishamuddin Rais (gambar), siapa tidak kenal aktivis jalanan tua taklaku ini. Semua kenal. Dia merupakan orang yang banyak buat bising entah apa yang dia mahu. Dia ni aku labelkan sebagai penakut, pengkhianat, si bodoh dan kambing bodoh. Kenapa? Kita susuri kisahnya yang diambil dari beberapa laman sesawang.



Hishamuddin Rais merupakan bekas mahasiswa UM yang aktif menuntut perubahan di Malaysia. Beliau bersama-sama beberapa pemimpin pelajar pernah menggegarkan Negara dengan menyertai demostrasi petani di Baling, Kedah pada Disember 1974. Demonstrasi Petani yang dibuat bertujuan membela nasib petani miskin telah mengakibatkan ramai pemimpin pelajar di tangkap. Dalam demostrasi inilah Anwar Ibrahim terlibat. Namun Anwar dan beberapa pemimpin lain ditangkap oleh kerajaan.

Hishamuddin Rais pula melarikan diri dan mendapatkan suaka politik kerajaan Belgium. Apakah bodoh pejuang ini? Memang bodoh. Penakut nak mampus. Kalau benar, jangan takut. Biar dicincang sekalipun, tetap teguh berjuang.

Biasalah petani Melayu. Dari dulu, kini dan selamanya memang hidup sempit dan miskin. Sebab UMNO penjarah harta rakyat. Nama saja mahu tolong Melayu, tetapi mereka sebenarnya bunuh Melayu. Maka, pemimpin-pemimpin pelajar termasuklah Hishamuddin Rais melakukan rapat umum membela nasib petani. Tapi masalahnya, si bodoh janggut ni larikan diri ke luar Negara. Ini bukan pejuang, ni penakut.
Baru-baru ini, si bodoh ini menulis artikel dalam Malaysiakini dengan tajuk kebanggaan si bodoh iaitu PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU.

Tenang….

Berikut sedikit petikan dari artikel yang ditulis Hishamuddin:

Pada zaman feudal dahulu, orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini……..

Sumpahlah si bodoh ini memang bodoh. Itu cerita zaman feudal dulu. Kalau dia tidak puas hati bolehlah dia ubah sejarah. Yang bodoh itu nenek moyang dia. Lagi dia tulis…
Justeru, menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Ini pun bodoh. Rais tak ajar anak. Tulisan begini menunjukkan dia seorang yang menyokong liberalism, komunisme ataupun sosialisme. Penentangan terhadap monarki wajar jika kuasa mutlak raja telah menyebabkan rakyat menderita. Tetapi di Malaysia hari ini, sistem monarki hanyalah satu simbol kuasa yang wajar dibanggakan. Mempertikaikan kuasa monarki sudah cukup menunjukkan seseorang itu mungkin pro-sosialisme yang menuntut monarki dihapuskan. Macam si bodoh anak Rais ini, dia menulis ikut sesedap hati tanpa memikirkan apakah yang dia tulis. Dia menulis:

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa “menjunjung ke bawah duli” itu ertinya “menjunjung tapak kaki”. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa “pacal” itu ertinya “anak anjing”.

Apakah tujuan dia tulis begini? Adakah dia secara terangan mahu menghina raja-raja Melayu? Sudahlah lari ke luar Negara, balik Malaysia pula menghina sistem monarki. Itu budaya dari dahulu, jika dia tidak suka, eloklah mati di Singapura.

Jika dia terpengaruh dengan revolusi-revolusi komunis, dia kena faham kenapa rakyat dahulu di Negara seperti Rusia ataupun China menentang monarki? Rakyat mereka hidup melarat dan miskin. Malah sistem kasta begitu kuat sehinggakan golongan bangsawan menjadi terlalu berkuasa. Di Malaysia, UMNOlah bangsatwan itu. Akibat Malaysia ini ramai sangat jenis-jenis kaum, wajarlah monarki ini kekal. Sekurang-kurangnya monarki ini menunjukkan kekuasaan Melayu yang harus ditunduk orang luar.

Tulisan-tulisan Hishamuddin ini banyak yang sosialis, yang liberal. Dia menunjukkan pesamarataan semua perkara. Seolah-olah manusia ini tiada beza-beza. Dia manu kutuk UMNO? Itu bagus kerana UMNO itu memang bodoh. Tapi dia mahu pertikai kewujudan Melayu, dia jugalah bodoh.

Aku tak kisah jika dia tulis artikel ini jika dia berada dipihak yang benar. Masalahnya, dia tidak layak menulis artikel begini. Dia harus sedar siapakah dirinya. Dia pernah melarikan diri ke Luar Negara. Itu bukan pejuang. Dia boleh kritik kerajaan, tapi dia suka baling batu sembunyi tangan. Orang begini bukan ancaman kerana orang begini hidup samalah seperti anjing kurap. Kenapa? Kerana anjing kurap tidak dipedulikan masyarakat, tetapi mahu menonjol/ mencapap dengan menyalak-nyalak sambil menakutkan orang lain.

Kepada Hishamuddin Rais, sekiranya kau terbaca blog ini, kau memang patut dikritik begini. Semua artikel kau hanya memutar belit fakta.

Khamis, Disember 24

Operasi Valkyrie dan Skandal TUDM

Merujuk tajuk di atas, Operasi Vakyrie dan TUDM merupakan topic hangat dunia ketenteraan sejak bermula tamadun manusia. Aku begitu teruja setiap kali membaca skandal TUDM mengenai kehilangan enjin jet skuadron 12 di dada akhbar. Kelicikan pihak tertentu (pihak dalam TUDM) membolos keluar enjin jet tersebut telah aku samakan dengan Operasi Valkyrie di Jerman pada Perang Dunia Ke 2. Apa tidaknya, kedua-dua peristiwa ini ada persamaan apabila ada pegawai tentera yang belot terhadap Negara. Namun, kemuliaan pembelotan antara Operasi Valkyie dan Skandal TUDM mempunyai jurang yang sangat berbeza.

Operasi Valkryie

Operasi Valkyie atau juga dikenali sebagai plot 20 Julai merupakan satu operasi bermotifkan untuk membunuh Adolf Hitler supaya rejim Nazi digulingkan dan sebuah kerajaan baru dibentuk bagi menamatkan penaklukan tentera Berikat (USA, Britain dan Rusia) ke atas Jerman.

Pegawai-pegawai pemerintah tentera di Kementerian Perang Jerman telah merancang untuk membunuh Hitler berdasarkan operasi ketenteraan yang licin tanpa tentangan pihak Nazi. Pegawai-pegawai yang terlibat (peranan utama):

1. Kolonel Klaus von Stauffenberg

2. Jeneral Friedrich Olbricht

3. Jeneral Ludwig Beck

4. Kolonel Albrecht Mertz von Quirnheim

5. Leftenan Werner von Haeften


Kelima-lima pegawai ini adalah kakitangan Kementerian Perang dan juga komander bagi Pasukan Tentera Simpanan Berlin. Rancangan utama mereka adalah mengambil alih kuasa kerajaan selepas kematian Hitler. Stauffenberg yang buta mata kiri, kudung tangan akibat bahana perang telah menulis draf Operasi Valkyrie untuk ditandatangani oleh Hitler sebagai satu bentuk operasi darurat sekiranya tentera Berikat berjaya memasuki sempadan Jerman. Stauffenberg Berjaya meyakinkan Hitler dan beliau telah menandatangani operasi itu! Hitler begitu teruja apabila bertemu dengan Stauffenberg sehingga beliau melabelkan Stauffenberg sebagai ‘Seorang pegawai Jerman yang ideal’.

Namun Operasi itu tidak seperti yang tertulis di dalam undang-undang darurat. Stauffenberg telah merancang untuk membunuh Hitler ketika lelaki itu bermesyuarat dengan pegawai-pegawai perang Jerman di Wolf Lair (hutan di selatan Jerman).

Kolonel Albrecht Mertz von Quirnheim berjaya meyeludup bahan letupan C4 dari depot tentera. Stauffenberg dan Leftenan Werner von Haeften akan menghidupkan dua bom C4 dan diletakkan di dalam beg Stauffenberg dan diletakkan dekat dengan Hitler. Selepas letupan (Hitler akan mati), Stauffenberg dan Haeften akan terbang ke Berlin. Ketua pasukan semboyan (signal) di Wolf Lair, Jeneral Erich Fellgiebel akan menghubungi pejabat Jeneral Olbricht untuk mengesahkan kematian Hitler dan selepas itu, Jeneral Olbricht akan melancarkan Operasi Valkyie tanpa sebarang tentangan dari pihak Nazi. Ini hanyalah rancangan awal yang menampakkan tanda-tanda kejayaan. Namun sebaliknya yang berlaku.

Pada 20 Julai 1944, kira-kira jam 1230 pm, Stauffenberg menyeludup beg berisi bom C4 ke dalam bilik mesyuarat dan diletakkan betul-betul di kaki Hitler. Akibat kecacatan yang dialami Stauffenberg, beliau hanya berjaya menghidupkan satu dari dua bom C4 tersebut. Sebelum bom itu meletup, beliau telah melarikan diri, namun beliau sempat melihat letupan kuat sehingga menyebabkan kem tentera di Wolf Lair menjadi kelam kabut. Pada fikirannya, Hitler telah Berjaya dibunuh!

Di Pejabat Jeneral Olbricht, Mertz menerima panggilan dari ketua Semboyan, Fellgiebel. Namun terdapat gangguan komunikasi sehingga Mertz tidak mendengari apa yang diujarkan oleh ketua semboyan itu. Akibat tidak mendapat kepastian mengenai kematian Hitler, Olbricht telah menangguhkan Operasi Valkyrie.

Setelah 3jam berlalu, stauffenberg dan Haeften tiba di Berlin. Mereka mendapati tiada operasi ketenteraan di Ibukota Jerman itu. Dengan perasaan marah, dia telah menghubungi Jeneral Olbricht supaya melancarkan Valkyrie dengan kadar segera. Operasi itu di lancarkan. Semua bangunan kementerian di tutup dan di kawal rapi. Stauffenberg menggunakan kuasanya sebagai komander tentera simpanan untuk menahan semua ahli parti Nazi, SS (Polis rahsia Nazi) dan Gestapo. Semua menteri-menteri ditahan dan dilucutkan kuasa.

Di Wolf Lair, lain pula ceritanya. Letupan C4 itu langsung tidak membunuh Hitler (mungkin bom itu masuk angin hahaha). Hitler menghubungi ketua Tentera Simpanan, Otto Ernst Remer melalui telefon supaya mengabaikan arahan dari Stauffenberg dan menahan semua Pegawai tentera yang terlibat dengan Operasi itu. Akibatnya operasi itu menemui kegagalan dan rampasan kuasa oleh kementerian Perang gagal. Hitler mahu semua yang terlibat dibicarakan, namun, Jeneral Friedrich Fromm telah menghukum bunuh ke atas Olbricht, Metrz, Stauffenberg dan Haeften.

Maka berakhirlah penentangan terhadap Nazi pada waktu itu. Kisah ini tertulis dalam sejarah Jerman yang menunjukkan pembelotan pegawai tentera yang tidak setia. Namun, niat mereka murni keran mahu tamatkan perang yang merugikan Jerman. Stauffenberg sebelum ini merupakan komander Panzer (kereta kebal) Jerma di Tunisia. Beliau mengalami kecederaan akibat serangan udara British yang telah menyebabkan mata kirinya buta, tangan kanan kudung dan dua jari kiri putus. Sejak beliau ditugaskan menakluk Afrika utara, beliau menganggap tugasnya sebagai tentera adalah sia-sia kerana menyerang Negara lain sesuka hati sehingga ramai rakyat Jerman terkorban sia-sia.

Pembelotan sebegini bolehlah dianggap mulia walaupun mereka berjaya menyeludup bom C4. Sekurang-kurangnya mereka mahu menyelamatkan Jerman dari kemusnahan besar akibat perang. Kisah ini telah difilemkan pada 2008 bertajuk Valkyrie.



Skandal TUDM

Pegawai-pegawai tentera Malaysia berjaya menyeludup keluar enjin jet dan dijual ke negara luar. Ini pembelotan yang tidak mulia kerana akibat perbuatan mereka, pertahanan udara boleh lumpuh. Bayangkan jika skuardon itu mempunyai 10 jet. Dua enjin telah hilang, maka hanya lapan sahaja yang boleh digunakan. Lagi dua nak guna apa? Enjin lori? Itu baru enjin yang hilang. Ini laporan akbar 23 Disember 2009:

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap lebih banyak kes penyelewengan peralatan ketenteraan berikutan penemuan maklumat baru kehilangan pelbagai kelengkapan, selain dua enjin jet tempur F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini.

Ada peralatan lain hilang? Agaknya radar jet. Lepas ini TUDM bolehlah guna kompas saja. Jika skandal ini selesai dan semua yang terlibat telah ditangkap, aku akan tulis cerpen mengenai pembelotan hina pada Negara macam ini. Jijik betul bila ada yang jadi pembelot Tanah Air. Tak Nasionalis langsung!

Selasa, Disember 22

Belum Perang sudah ada Pembelot

Malaysia, Malaysia. Belum pernah diserang mana-mana kuasa tentera luar, tetapi sudah ada anggota tentera yang berjinak-jinak jadi pembelot. Baca laporan akhbar ini:

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama……

Enjin pesawat skuadron ke-12 Scorpion telah dijual di luar Negara berikutan permintaan yang tinggi terhadap enjin yang berharga RM50 juta.



Kecoh sungguh Malaysia ini. Apalah nasib malang rakyat Negara ini yang mempunyai pemimpin korup serta pegawai tertinggi kerajaan turut sama korup. Inilah nilai wang dan rasuah serta penyelewengan yang berlaku dalam Negara kita. Kalau ada menteri ambil komisyen dari pembelian senjata, itu sudah dianggap tidak wajar, apatah lagi ada pegawai tentera yang sanggup jual maruah Negara.

Maruah yang dimaksudkan adalah enjin pesawat tersebut. Dengan mudah enjin itu dibawa keluar dari Negara semata-mata untuk dijual di pasaran gelap. Bayangkan jika berlaku pencerobohan ruang Negara, apakah TUDM benar-benar bersedia mempertahankan tanah air? Skuadron tersebut merupakan pasukan tempur dan pemintas. Apakah tempur dan pemintas? Misi yang perlu dijalankan oleh pesawat ini seperti contoh memintas pesawat pengebom musuh.

Ini baru skandal dalam TUDM yang TERBOCOR ke pengetahuan umum. Agaknya tentu banyak penyelewengan yang dilakukan cuma rakyat sahaja yang tidak tahu rahsia disebalik tentera Malaysia.

Ini contoh penyelewengan yang diajar oleh para pak menteri. Kalau lama dibiarkan, Malaysia diancam bahaya bukan kerana orang luar, tetapi kerana warganya sendiri.

Makin menyampah baca berita fasal TUDM ni lebih-lebih lagi Nampak muka najib bagi kenyataan. Busuk punya orang….

Isnin, Disember 21

Muslihat DAP pada Pakatan?

Sedang melayari Facebook, anak muda benci Umno kongsi sedikit berita mengenai ini,

Agak mengejutkan bila baca apa yang ditulis Guan Eng (KM Pulau Pinang), secara terbuka menunjukkan rancangan DAP dalam membangunkan Malaysia. Berikut adalah kenyataan Guan Eng yang ditulis:



Susah nak percaya betul atau tidak. Jika betul, amat BODOHLAH Guan Eng dan Cina-cina lain sebab jelas dan nyata mereka mahu hancurkan orang Melayu. Tapi yang menghairankan, kenapalah BANGANG BINATANG sangat di NOBITA itu? Mungkin dia tidak tulis seperti itu, atau mungkin ditulis oleh orang lain. Tapi kenapa dia tulis dalam bahasa Melayu? Nak tuju pada Melayu?

Segelintir Melayu yang Pro Pakatan mungkin ada yang percaya, mungkin ada yang tidak. Tapi fikirkanlah, sedangkan orang Melayu sendiri berani tikam bangsa sendiri, apatah lagi kaum bukan Melayu. Mereka terang-terang suka menonjolkan rasa tidak puas hati dengan apa yang di miliki Melayu.

Baca dan rujuk, teliti segala kenyataan pemimpin bukan Melayu, barulah kita tahu apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Semoga Allah swt selamatkan Malaysia. Amin….

Khamis, Disember 17

Kenali Logo DAP dan PAP

PAP (People Action Party) merupakan parti tunggal yang memerintah Singapura sejak merdeka hingga kini. Parti yang juga dikenali sebagai PETIR mempunyai objektif yang sama dengan DAP (Democratic Action Party). Artikel hari ini akan mengajak anda mengenali maksud disebalik logo kedua parti berkenaan. Sumber dan rujukan ini diambil dari laman sesawang kedua parti sosialis ini.

Parti Tindakan Demokratik - Democratic Action Party (DAP)



Bulatan biru melambangkan kesatuan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Latarbelakang putih melambangkan kesucian dan amanah (incorruptibility).
Roket merah melambangkan aspirasi parti kearah masyarakat yang moden,
dinamik dan progresif.
Empat penggalak roket melambangkan sokongan dan pemacuan objektif parti
untuk tiga kaum utama dan kaum lain.

Parti Tindakan Rakyat - People Action Party (PETIR/ PAP)



Bulatan biru melambangkan kesatuan semua bangsa (di Singapura).
Petir merah melambangkan tindakan parti (dalam mencapai objektif parti).
Latarbelakang putih melambangkan kesucian dan amanah (integrity).

Tiada banyak beza antara kedua parti ini. Yang pastinya, kedua parti ini mempunyai objektif yang sama. PAP tidak dibenarkan bertapak di mana-mana negeri di Malaysia (kecuali Singapura) selepas ia menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Oleh itu, PAP telah melahirkan DAP di Malaysia sebagai satu parti yang mempunyai objektif Malaysian Malaysia.

Artikel ringkas ini hanya sebagai pembuka selera bagi topic-topik hangat mengenai Singapura, sosialisme dan masa depan Malaysia yang tercinta. Jadi, renung-renungkanlah.

Artikel ini bukan bermakna mahu anda tidak mengundi Pakatan Rakyat, tetapi sekadar berwaspada dengan ideologi Malaysian Malaysia kerana ia amat tidak menguntungkan orang Melayu. Teruskan mengundi Pakatan Rakyat.

Yang harus kita pelihara adalah Agama Islam, Raja-raja Melayu, bahasa Melayu, budaya Melayu dan keagungan kebangsaan Melayu disamping tidak menindas kaum lain.

Sekian.

Rabu, Disember 16

Tuan Tanah dengan Penumpang Tanah di Zaman Feudal

Pada zaman feudal eropah dahulu, wujud satu struktur masyarakat bawahan yang hidup dalam tanah bangsawan. Golongan ini terdiri dari petani yang sering dihimpit dengan kuasa tuan tanah. Tiap tahun mereka perlu membayar cukai dari tanah yang mereka duduki. Golongan tuan tanah ini merupakan bangsawan yang hebat serta dekat dengan raja eropah.




Bila muncul banyak pemikir sosial di eropah, golongan bawahan ini dapat melepasi tekanan dari tuan tanah. Maka muncullah banyak idea kebebasan, hak asasi, demokrasi dan juga sosialisme.



Tetapi, kini, di eropah tetap ada yang kaya, tetap ada yang miskin. Bezanya mereka tiada struktur sosial seperti di zaman feudal.

Di Malaysia, pengaruh kebebasan itu menular dengan mendadak. Kalau dahulu, ada semangat nasionalisme. Orang Melayu ramai berjuang menuntut kemerdekaan dari penjajah. Kini, lain pula yang berlaku. Wujud pula golongan yang selalu menyuarakan kebebasan dan hak asasi manusia. Tidak kurang pula yang sibuk melaungkan kesamarataan rakyat dalam negara.

Golongan seperti ini muncul dalam parti politik dengan membawa idea sosialisme. Rata-rata dari mereka amat menentang konsep ketuanan Melayu. Satu bahagian politik pula sibuk melaungkan ketuanan Melayu semata-mata untuk meraih sokongan politik. Inilah yang dinamakan penipuan pemimpin dengan ideologi.

DAP memperjuangkan sosialisme yang tak mungkin diterima Melayu. Umno pula sibuk melaungkan ketuanan Melayu. Kedua-duanya sama haprak.

Kesamarataan yang dimahukan amat jauh sekali untuk kita capai kerana rakyat di negara ini terlalu jauh berbeza. Tidak mungkin ia dapat memuaskan hati semua pihak. Isu ketuanan Melayu pula telah membuatkan orang bukan Melayu melatah.

Ketuanan Melayu bukanlah membawa istilah kepada hubungan tuan kepada hamba, tetapi kedaulatan raja-raja Melayu serta kuasa politik Melayu. Tak mungkin seorang Raja Melayu mendengar nasihat seorang PM berbangsa Cina. Kerana ia pelik lagi memelikkan. Tetapi, perjuang politik haluan kiri membolehkan perkara ini berlaku.

Seperti yang berlaku di Perak (sebelum mamak Zambry jadi MB), DAP sudah menari kegembiraan bila mereka menang bersar di Perak. Mereka mahu melantik MB dari DAP sendiri yang sememangnya tiada satu pun dari mereka memiliki DNA Melayu.

Maka, Sultan Perak menggunakan kuasanya mengikut undang-undang tubuh negeri dengan melantik Nizar sebagai MB. Ternganga dan terloponglah para sosialis tadi kerana Sultan telah menggunakan kuasanya untuk melantik MB. Ini barulah dikira ketuanan Melayu. Tetapi isu ini disalah guna. UMNO dan DAP masing-masing ada kepentingan yang boleh merosakkan ketuanan Melayu itu sendiri.



Bila isu ketuanan Melayu disentuh, kita lihat pergolakan revolusi di eropah. Kebanyakkan revolusi dicetuskan oleh golongan sosialis. Mereka mengulingkan sistem feudal itu atas nama hak asasi manusia dan kebebasan manusia. Inilah punca kepada kejatuhan banyak monarki di eropah.

Tetapi tidak mengapalah kerana di eropah, satu negara, satu bangsa. Tetapi di Malaysia, satu negara, berbilang bangsa. Maka susahlah kalau kita hendak puaskan hati semua orang. Oarang Melayu turut punya perasaan. Mereka sudah lama berkerajaan di Nusantara ini sehingga sanggup terima kaum lain dan sanggup membanhagikan kuasa politik di kabinet dan Dewan Rakyat. Itupun masih terdapat golongan yang tidak bersyukur.

Politik…politik….

Isnin, Disember 14

Karpal Mahu BI atau Punjab?

Si tua OKU ini masih belum reda dengan kelancangan mulutnya. Terbaru, seperti yang dilapor oleh Utusan Malaysia dan The malaysian Insider, Karpal Singh (gambar) mahu bahasa Inggeris (BI) dijadikan bahasa rasmi kedua Malaysia untuk memudahkan prosiding di mahkamah.



Tambah ahli parlimen Gelugor itu, penggunaan BI dapat mengangkat kredibiliti sistem perundangan negara oleh syarikat multinasional kerana bahasa tersebut merupakan bahasa antarabangsa.

Busuknya hati si tua yang digelar Harimau Gelugor. Apakah lagi yang dimahukan oleh Pengerusi DAP ini? Apakah dia betul-betul mahu menghancurkan BM sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Penggunaan BI dalam prosoding mahkamah menunjukkan betapa rendahnya BM sebagai bahasa perundangan malah menampakkan di tua itu tidak berbangga berbahasa Melayu.

Lihat sahaja gelagatnya di Dewan Rakyat. Pelat punjab (orang Melayu selesa menggelarnya Benggali) masih kuat sedangkan dia adalah seorang ahli Parlimen yang berpengalaman. Malah kadang-kala dia masih menggunakan BI di Dewan Rakyat bagi menyatakan sesuatu istilah.

Itu masalah peribadi si tua OKU itu. Bagi sesetengah orang Melayu, kebodohan dia berbahasa Melayu adalah berpunca dari kurangnya didikan dan kurangnya dia bergaul dengan orang Melayu. Orang begini bolehlah dilabel sebagai Ultra-Malaysian Malaysia. Mahu dilabel rasis, dia tidaklah rasis kerana dia berada dalam DAP.

Inilah yang diperjuangkan oleh DAP. Mereka beriya sangat menggunakan BI kerana Malaysia ini berbilang kaum, tidak adil menggunakan BM kerana ia bersifat perkauman. Mereka mahu melenyapkan penggunaan BM tetapi sukar kerana BM sudah termaktub dalam perlembagaan (152) sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Mahu tidak mahu, akur saja dengan dominasi Melayu.

Kalau mahu hancurkan Melayu, hancurkan bahasanya dahulu. Kerana bahasa itu melambangkan bahasa. Apabila status BM sebagai bahasa utama (ilmu, perundangan dsb), maka orang Melayu akan hilang jati diri dan yakin diri. Orang Melayu akan terus tunduk dan terus tunduk sehingga lemah. Inilah yang berlaku di Singapura.

Biarpun mendakwa mereka adalah pejuang Melayu, namun, nama UMNO itu sendiri adalah Inggeris. Fonemnya juga {am-no}, bukan {um-no}

Salah Siapa?

Siapa lagi kalau bukan UMNO. UMNO yang kononnya berjuang untuk Melayu sendiri tidak mempertahankan BM. Mereka dengan bangga meneruskan dasar PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam BI) kononya ia dapat memajukan orang Melayu. Sedarlah UMNO, ahli-ahli UMNO di pendalaman kampung masih lagi bodoh BI. UMNO ni macam BERUK MENYURUH ANAK JADI MANUSIA, TAPI DIRI SENDIRI BERUK.

Bayangkan, bagaimana satu parti Melayu sendiri tidak menghormati BM. Bila ada bukan Melayu dari pembangkang mempertikai BM, mulalah nak melatah macam orang lain salah.
Apa yang berlaku di Malaysia, seperti kaum bukan Melayu mempertikai hak istimewa Melayu, mempertikai BM, menghina Raja-raja Melayu, menghina Islam, semuanya ini berpunca dari UMNO. UMNO gagal mengajar rakyat Malaysia semangat nasionalisme, semangat cintakan tanah air. Setelah setengah abad merdeka, UMNO gagal membentuk identiti negara, identiti rakyat.

Kesimpulannya, DAP itu satu mangkuk yang menyusahkan negara, UMNO pula pemusnah Malaysia dan bangsa Melayu.

IBARAT BERUK MENYURUH ANAK JADI MANUSIA, TAPI DIRI SENDIRI BERUK 


***hanyalah pendapat peribadi
Sumber dipetik dari:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/46093-karpal-wants-english-as-countrys-second-language-
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

Jumaat, Disember 11

Cheers!! kap kun kap



YAB Dato Seri Najib Tun Razak ketika bertemu dengan rakan sejawatnya di Thailand bagi membincangkan masalah umat Islam di Selatan Thai.

Sumber dipetik dari:
http://www.harakahdaily.net/
http://wargamarhaen.blogspot.com/2009/12/pecah-perut-bakal-jadi-kenyataan-lets.html

Khamis, Disember 10

Cerita Menteri Lembik

CERITA INI MENGANDUNGI BAHASA MELAYU KLASIK. MAAFLAH BM KLASIKKU TAK BERAPA BAIK.

Adalah gila bagi segelintir manusia bila mamanda menteri pelajaran mahu tetap 10 matapelajaran untuk SPM. Berani menteri itu dengan tegas mahu 10 matapelajaran untuk SPM. Jangan dilawan menteri berkuasa itu atas nama Yang teramat Mulia Sultan Melayu.
Hatta dicuit pula menteri itu dengan menteri dari Negeri TAMIL NADU lalu berkatalah dia,

“Ayoyo..10 ja ka? Itu Tamil punya bahasa sama itu sastera juga mesti ada juga. Kitakan 1Malaysia.”

Disambut pula menteri dari Negeri CINA SELATAN lalu berkatalah

“Haiya latuk, wa punya olang sula lama talak duduk cina ma…kasi la wa punya olang ingat sama kita punya bahasa sama itu celitatera. Balulah nenek moyang wa ada manyak senang dalam kubur.”

Sambut pula menteri TAMIL NADU.

“Betul,betul…kalu tada juga kalu degil sangat, nanti kita orang boikot ha….”

Adalah kecut pula alat sulit mamanda itu mendengar setelah membincangi dengan pak menteri Melayu yang lain.

Maka setujulah pada umat sekalian akan SPM ditambah 2 lagi matapelajaran belum sepurnama bercerita kerana takutnya menteri Melayu dengan menteri TAMIL NADU, CINA SELATAN dengan sekalian umat mereka.

Terceritalah kelembikan menteri itu lalu tertulislah dalam silalatus salatin ini.

Rabu, Disember 9

Ketuanan Melayu untuk Melayu atau UMNO??

Baru beberapa hari kecoh dengan ahli parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran (gambar)yang mempertikai ketuanan Melayu yang bercanggah dengan semangat 1Malaysia. Mula-mula, sukar untuk aku mempercayai laporan Utusan Malaysia kerana akhbar ini terlalu banyak membuat spekulasi yang buruk terhadap Pakatan Rakyat. Tetapi setelah aku baca blog YB tersebut, memang benarlah dakwaan itu. Rujuk: http://ipohbaratvoice.blogspot.com



Apa yang dimaksudkan dengan Ketuanan Melayu?

Yang melatah kuat macam biasa orang UMNO dan sekutu UMNO. Kenapa mahu hairan dengan dakwaan YB Tamil itu? Umum ketahui mereka yang bukan Melayu memang tidak senang dengan kepimpinan Melayu. Malah generasi muda bukan Melayu hari ini memang tidak suka dengan semangat Nasionalisme Melayu yang pada mereka dianggap sebagai rasis dan ultra-Melayu.

Tetapi kepimpinan UMNOlah yang kurang pandai (dalam erti kata BODOH) mengamalkan dasar 1Malaysia. Hakikatnya, dasar yang kononnya mahu mengambil hati bukan Melayu (setelah hampir kalah pada PRU12) kelak memakan diri sendiri.

Siapa tidak kenal dengan DAP. DAP memegang prisip Malaysian Malaysia sama seperti di Singapura. Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu, Cina dan Tamil sebagai bahasa Kebangsaan. Jawatan PM pun mereka mahu sapu. Maka, dengan wujudnya 1Malaysia ini, dapatlah mangkuk-mangkuk hitam dan putih ini mempertikaikan ketuanan Melayu.

Masalah ini bukan berpunca dari DAP. UMNO perlu bermuhasabah diri kerana merekalah penghancur kepada bangsa Melayu.

Ketuanan Melayu bagi UMNO hanyalah Presiden UMNO yang akan memegang jawatan Pengerusi BN dan seterusnya menjadi PM Malaysia. Maka parti pak turut macam MCA, MIC, Gerakan, PPP dan semua parti komponen BN lain terimalah UMNO sebagai ketua mereka. Itulah ketuanan Melayu UMNO.

Benarkah UMNO memperjuang ketuanan Melayu?

Pada hemat aku, ketuanan Melayu ini satu istilah yang cukup besar bagi Malaysia. Tetapi bagi UMNO, ketuanan Melayu hanyalah idea politik hangus mereka. Kenapa? Sebab UMNO juga penghancur kepada Melayu.

Contohnya dengan perlaksanaan BI sebagai bahasa pengantar ilmu bagi mengantikan BM. Pemimpin UMNO hari ini langsung tidak sedar diri. Masih menganggap bahasa penjajah itu sebagai bahasa yang boleh membuatkan Malaysia maju. Tetapi tidakkah mereka sedar, bahawa bahasa merupakan satu perjuangan nasionalisme yang penting bagi sesebuah bangsa. Tanpa bahasa, hancurlah Negara itu. Lebih baik dijajah British dari hidup dalam Negara dengan pemimpin yang tidak sedar diri.

Banyak lagi contoh yang telah UMNO buat seolah-olah biadap dengan ketuanan Melayu. Misalnya perlantikan MB Terengganu oleh Sultan Mizan. Ada ahli UMNO yang menggunakan perkataan ‘natang’ (binatang). Entah pada siapalah yang mereka tujukan perkataan itu kerana begitu marah setelah Idris Jusoh digugurkan dari jawatan MB. Bila ada bukan Melayu mempertikai kedudukan Raja-raja Melayu, mulalah UMNO dan sekutunya mengamuk sakan seperti mereka sahaja yang betul.

UMNO jugalah yang mencantas pemimpin Melayu yang tidak sehaluan kerana pemimpin itu tidak sependapat dengan mereka. Mereka mahu Melayu bersatu dengan bersatu dengan PAS, tetapi setelah mereka kembali kuat, mereka cantas pula pemimpin PAS. Itulah maksud ketuanan Melayu.

Berubahlah.
---aku tak suka DAP tau.

Selasa, Disember 8

Singapura dilanggar Rimau


Singapura, Temasik, Singapore… nama-nama ini diberi kepada Singapura yang ibarat anak emas bagi kuasa-kuasa besar dulukala, purbakala, kini dan selamanya.
Negara pulau yang didiami majoriti Cina memang terkenal sebagai perlabuhan dunia yang sangat sibuk. Asalnya pulau yang kecil, kini bertambah-tambah pulau ini.
Tak perlu lagi kita buat definisi tentang Singapura kerana ramai sangat yang tulis fasal Singapura.

Negaranya kecil, air pun tiada. Tapi pemimpin Melayu BN semuanya penakut, bacul, lembik sebab takutkan pulau yang kecil.

Bermula era kesian dan pencacai

Apabila PM pertama menjual air kepada ‘jiran sebelah’ kerana kesian sebab pulau itu tiada air. Karang mati pula Cina-cina kat pulau itu. Termasuklah jual pasir berguni-guni untuk besarkan pulau haram itu.

Era Ultra Melayu

Istilah Ultra Melayu ini berikan Lee Kuan Yew kepada PM keempat. Memanglah PM ke4 itu terkenal dengan sikap degil yang boleh mengancam pulau itu. Maka PM itu mahu membina jambatan bengkok bagi menggantikan tambak Johor. Terkejutlah pemimpin-pemimpin Singapura kerana dengan pembinaan jambatan baru itu akan melemahkan Singapura dari segi ekonomi serta mengancam pertahanannya. PM ke4 itu tetap teruskan projek jambatan bengkoknya tanpa mempedulikan bantahan pulau kenit itu.

Era Pahlawan Melayu kaki tidur dan TERlembik

PM ke5 telah membuat keputusan bodoh yang tidak sepatutnya dibuat oleh kebanyakkan pemimpin. Dengan bodohnya dia menamatkan projek mega jambatan bengkok yang diilhamkan oleh PM ke4. Tamatnya projek itu, semua kontraktor meraung kerana tiada projek untuk dikaut keuntungan. Malah rakyat Johor boleh merasakan ‘kemaluan’ yang teramat sangat kerana kelembikan pemimpin mereka.

Kebodohan ini tidak terhenti begitu saja. Malah diteruskan dengan jitu dan bersemangat. Maka, dengan wajah yang bangga, PM ke5 itu merasmikan satu projek mega bagi menggantikan projek jambatan. Projek itu dikenali dengan projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Ramailah pihak yang tak berpuas hati dengan projek seumpama itu. Menurut mereka, projek itu menguntungkan pihak Singapura serta menjadikan WPI sebahagian dari wilayah Singapura.

????

Era Lagi lembik nak mampus

Ini kisah PM ke6 pula. Masih meneruskan kebodohan PM-PM terdahulu. Dengan wajah bangga, dia duduk dikerusi tertinggi negara dengan meneruskan dasar-dasar yang bodoh.

JANGAN SALAHKAN SINGAPURA 100%, SALAHKAN PEMIMPIN MELAYU DULU

Rabu, Disember 2

KEBODOHAN UMNO DENGAN BM

Utusan 30 september yang lepas menyiarkan berita bertajuk Ada bukti jelas bahasa Melayu bahasa dunia. Inilah yang dikatakan kebodohan UMNO dengan menggunakan akhbar mereka sebagai tempat untuk menyatakan pendirian terhadap BM.
Dengan menjual nama Dr Adi Yasran (pensyarah UPM), utusan menyatakan bahawa BM pernah jadi bahasa dunia. Kononnya nak ambil hati orang Melayu sebab kerajaan mengambil dasar menindas BM dan mengangkat Bi sebagai bahasa dunia.
Bodoh betul mereka ini.
Yang diceritakan oleh pencacai UMNO itu adalah sejarah BM zaman tok kaduk dulu. Kita cerita zman sekarang. Apalah banggang mereka ni.
Isu memartabatkan BM dan memerkasakan BI satu analisis yang menunjukkan kebangangan UMNO itu sendiri. Melalui TPM yang kurang belajar, dasar yang diperkenal itu sebenarnya menghancurkan BM secara senyap.
Orang Melayu yang menghancurkan BM, bukan penjajah. Inilah yang dikatakan kebodohan UMNO yang akan memakan diri sendiri dan menghancurkan bangsa Melayu.
Memartabat


Tan Sri Muhyiddin Yasin (Menteri Pelajaran Malaysia)

Apa yang memartabatkan?
Martabat ini samalah dengan menghormati atau menyanjung BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa utama di Malaysia. Menghormati hanyalah seketika dan tidaklah kebal untuk BM. Kerana mereka hanya menghormati BM sebagai bahasa utama tetapi tidak menggunakannya sebagai bahasa ilmu.
Memerkasakan
Memerkasakan termaksud menguat, memperkukuh dan memperhebatkan. Ini derita BM kerana kerajaan mahu memerkasakan BI bukan BM. Bermakna samalah dengan PPSMI iaitu memencilkan BM dalam pendidikan Negara.
Apalah yang dimahukan UMNO ini. Mereka sendiri orang Melayu malah memencilkan BM sendiri. Pemimpin Melayu lebih selesa berbahasa Inggeris berbanding Melayu.

Kalau nak lihat kebiadapan orang bukan Melayu…lagi dasyat. Pemimpin bukan Melayu lebih senang jika tidak menggunakan BM dalam urusan rasmi termasuklah siding akhbar. Lihatlah siding akhbar mengenai krisis MCA. Rata-rata pemimpin mereka enggan menggunakan BM. Siapa yang ajar? Orang UMNO sendiri.

Ahad, November 29

Hantar Chin Peng ke Neraka

Chin Peng, nama yang tidak asing lagi dalam sejarah berdarah Malaysia. Beliau merupakan kepala utama PKM (Parti Komunis Malaya) yang banyak melakukan kerosakan di Negara bertuah ini. Dia kini tinggal menetap di Selatan Thai mahu kembali menjadi rakyat Malaysia setelah mendapat pengampunan. Pengampunan? Wajarlah dia dibunuh dari ampunkan syaitan ini.



PKM seperti sedia maklum merupakan satu parti yang mengamalkan ideologi komunis yang mahu mentadbir Negara ini dengan sistem komunis. Untuk mencapai cita-cita komunis, mereka sering mengadakan mogok pekerja dan petani bagi mendapat simpati rakyat. Setelah di haramkan British, mereka masuk ke hutan untuk melancarkan perang gerila.
Mana mereka dapat ilmu perang? Britishlah yang bertanggungjawab melatih mereka di Singapura sebelum Perang Dunia Ke-2 meletus. British tahu jepun mara dengan kekuatan tentera yang hebat sedangkan British kekurangan tentera kerana di Malaya kerana mereka perlu hadapi Nazi di Eropah.

Maka barisan tentera British (garrison) terdiri dari askar empayar dari United Kingdom, India, Australia dan Malaya. Barisan tentera di Malaya tidak begitu kuat lagi kerana Rejimen Askar Melayu hanya terdiri dari 2 batalion iaitu kira-kira 2 ribu orang. Sedangkan tentera empayar lain yang diimport tidak dilatih berperang dihutan Malaya dan mereka sememangnya mempunyai moral yang rendah untuk mempertahankan Malaya yang bukan tanah air mereka.



Maka, selaras dengan kerjasama British, USA, Rusia dan China (Pihak Berikat), British merestui dan melatih PKM untuk menentang serangan Jepun. Maka lahirlah MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Mereka ini terdiri dari orang cina.
Kenapa orang cina? Sebab jepun sudah Berjaya jajah China dan bunuh ramai orang Cina. Kehadiran Jepun di Malaya ibarat dendam kesumat yang harus dibayar dengan darah. Melalui penubuhan MPAJA, dapatlah disimpulkan bahawa orang Cina ini tidaklah begitu ikhlas menentang penjajahan Jepun tetapi mereka hanya mahu membalas dendam.

Bagaimana dengan penduduk asal Malaya iaitu orang Melayu?


Majoriti Melayu menerima kehadiran Jepun kerana Jepun berjanji akan memerdekakan Malaya sama seperti Indonesia. Di Indonesia, Jepun menggalak dan membantu Suharto menyatukan rakyat Indonesia untuk menentang penjajahan Jepun. Hasilnya, Indonesia merdeka hasil dari darah rakyatnya sendiri seta mereka telah bina perlembagaan sendiri.

Tetapi di Malaya, jepun mungkir janji. Mereka tidak memerdekakan Malaya malah lebih kurang ajar apabila jepun menghadiahi Kedah, Kelantan, Terengganu dan perlis kepada Siam.

Maka orang Melayu menentang jepun dengan beberapa gerila yang terkenal iaitu, Askar Melayu Setia (AMA), Wataniah, Kesatuan rakyat Indonesia dan Semenanjung (KRIS) , Force 136 dan sebagainya.

Perjuangan orang Melayu barulah dikira sebagai perjuangan membela bangsa dan tanah air. MPAJA? Tidak. MPAJA tiada rasa sayang terhadap Negara ini. Mereka hanya mahu balas dendam pada jepun.

Adakah Chin Peng tokoh kemerdekaan?

Selepas Jepun menyerah kalah, British kembali mentadbir Malaya. Ketika itu orang Melayu dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya aktif melaungkan slogan “Merdeka”. Orang UMNO pula sibuk dengan slogan “Hidup Melayu”. Orang Cina pula menganggap MPAJA sebagai wira bangsa mereka sehingga bina tugu di Nilai.

Kesungguhan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) yang mahu memerdekakan Malaya seperti Indonesia telah menyebabkan parti Melayu itu diharamkan British. Akibatnya banyak sayap parti itu masuk ke hutan dan melancarkan perang gerila bersama PKM. Parti Islam Se-Malaya ketika itu sayap PKMM (Hizbul Muslimin pertubuhan asal diharamkan) terselamat dari pengharaman British dan kekal hingga hari ini.

Komunis ialah ideologi yang menentang semangat kebangsaan (Nasionalisme). Komunis juga menentang perbezaan kaum dan anti perkauman. Oleh itu komunisme adalah ancaman kuat terhadap kebangsaan Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Jika komunis Berjaya mentadbir Malaya, bermakna orang Melayu dijajah orang cina dan keanggotaan ahli PKM yang berbangsa Cina diragui statusnya sebagai penduduk Malaya. Semakin tersepitlah orang Melayu di bumi sendiri.

Setelah Malaya merdeka, ramai yang tidak puas hati kerana Malaya dibentuk oleh British. Maka adalah orang Melayu yang masih menentang kerajaan baru iaitu kerajaan Malaya. Chin Peng tetap berdegil dan mahu merampas kuasa di Malaya.

Bermulalah peperangan antara pasukan keselamatan Malaya (terdiri dari orang Melayu) berperang dengan komunis.

Jika Chin Peng menetang British, saya mengaku Chin Peng adalah tokoh kemerdekaan. Jika menentang kerajaan yang sah, Chin Peng adalah musuh Negara.
Yang tersedih

Sedih juga bila kerajaan Umno ini tidak mengiktiraf beberapa tokoh ini sebagai tokoh kemerdekaan. Mereka yang saya sebut ini antaranya Dr Burhanuddin Al Helmy dan beberapa pemimpin PKMM.


Dr Burhanuddin

Tulisan ini ikhlas dari hati saya dan tiada niat menghina sesiapa.

Rabu, November 25

Pengkhianat Bangsa!

Sudah lama aku tak menulis dalam blog ni. Hati ini betul-betul malas yang teramat sangat. Tapi hari ini rasa terpanggil bila terbaca laporan akhbar mengenai MBMMBI untuk ganti PPSMI. Pelan Memartabat Bahasa Melayu dan Memerkasakan Bahasa Inggeris diperkenalkan kerajaan BN yang BODOH ini untuk mengantikan Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik.

Memang aku sudah jangkakan, BN KERAjaan Najibul Monghuli akan buat keputusan tetap dengan bahasa Inggeris tapi kononnya memartabatkan bahasa Melayu
Mereka inilah pengkhianat bangsa dan pertualang bangsa. Masih tak sedar lagi bahawa dengan menggunakan bahasa Inggeris samalah kita masih suka tinggal dibawah penjajahan Britain.



Bodohlah la kerajaan BN ni. Memang BERUK dan KERA betul!
Dulu sibuk nak guna BM sebab rakyat sudah mula bersuara untuk kembalikan sistem pendidikan asal. Semuanya sebab nak jaga undi. Nampak sangat la kerajaan BN ni tak ikhlas.

Selagi BN (BARISAN NAJIS) ini memerintah, selagi itulah Bahasa Melayu dan bangsa Melayu ini dikhianati dan MELAYU tidak akan maju sampai kiamat jika dipimpin oleh barisan bangsat ini. UMNO? Itulah pengkhianat bangsa yang sebenar!!!!
UMNO, sebutpun Inggeris {am-no}. Makna pun Inggeris, United MONYET National Organization.



Kalau dulu ada PKMM, Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang bersungguh-sungguh berjuang untuk Melayu dan merdeka. Kini, semua itu jadi sejarah….semoga ada Dr Burhanudin Al-Helmy kedua selepas ini.

*****Gamba yang terbalik tu (entahla gamba siapa) diambil dari blog perisik rakyat

Khamis, Oktober 1

ORANG PENDEK!!!!!!

Akhbar hari ini melaporkan penemuan 'orang pendek' di Sumatera. Orang pendek ini sejenis makhluk misteri yang masih belum ditemui sains. fizikal orang pendek ini sama dengan Bigfoot atau Yeti, cuma fizikalnya yang kecil, lalu penduduk tempatan menamakannya sebagai orang pendek.
Bagi penduduk tempatan, orang pendek ini adalah hantu, tetapi bagi kebanyakan golongan cerdik pandai, 'orang pendek' adalah spesis mawas yang belum temui dan dikaji.

tapak kaki

gambaran pelukis

Misteri orang pendek samalah dengan misteri Gorila gunung sebelum penemuannya pada tahun 20-an. sejak itu, gorila bukan lagi sesuatu yang misteri bagi sains.

Selasa, September 22

Raya dengan Nombor Ekor!!!!

Kejadian ini berlaku pada raya pertama, lepas orang ramai pulang bersolat aidilfitri.
inilah yang berlaku di Taman Sri Rampai KL di mana kelibat beberapa manusia berpakaian baju Melayu pergi beli nombor ekor. nombor judi tu la!!!!!!!





Hahaha. yang ni pakai helmet. takot kantoi dengan bapak mentua hahahahahaha
apalah dorg ni. dah tau raya, bulan baik, buatlah baik.
korang tu dah la miskin, hidup susah, lagi mau main judi

apelah banggang sangat

Jumaat, September 18

Iklan raya dan kasih Ibubapa


Asyik aku memcari iklan-iklan raya terdahulu terutama dari Petronas, hati ini mulalah terdetik..da rasa diri semakin dewasa. kebanyakkan iklan Petronas banyak menyentuh hubungan kekeluargaan. Betapa bernilainya kasih anak pada ibubapa bila usia mereka meningkat. ketika kecil mereka jaga makan pakai kita, tetapi bila sudah dewasa, kita kerap guriskan hati mereka. Ingatlah jasa mereka.

*Sebelum lahir, mereka bekerja keras cari duit kerana mereka tahu banyak duit untuk dipakai bila kita lahir.
*ketika bayi, nyamuk sekor pun tak boleh dekati kita.
*mereka tatap wajah bayi kita dengan mencium banyak-banyak kali.
*kita berak, mereka basuhkan biarpun tangan mereka kotor.
*mereka tidak dapat tidur lena kerana tiap malam kita meragam, merengek.
*Ayah kita membanting tulang empat kerat demi beri kita setitis susu.
*Ibu pula tidak pernah terlepas pandang pada kita kerana takut terjadi yang buruk pada kita.


Bila sudah dewasa, apa balasan kita pada ibubapa kita?
*Bagi duit tiap bulan?
*Tunjukkan Ijazah yang dibanggakan?

Apapun semua tak penting. yang mereka mahu kita ada dengan mereka. semakin usia meningkat, nilai sentimental orang tua ini semakin kuat. apa yang perbah mereka sayangi, itulah mereka mahukan

Raya ini, jumpa mak ayah kita, cium mereka, peluklah erat-erat. kerana kita tidak tahu bilakah saat indah ini berkekalan. sejahat-jahat kita, jangan sekali kita derhakai ibubapa kita. mereka sudah bertahun menempuh perit pahit membesarkan kita.

Tontonilah iklan-iklan ini. walaupun korang dah tengok, tengoklah lagi. Cuba bayangkan kita ditempat mereka.



Tengoklah si anak, baru dia tahu betapa bodohnya dia masakecil. bapak dia terima kebodohan dia tanpa jemu-jemu menjawab soalan bodoh anaknya. tapi bila dah besa,lagi jadi bodoh.




si anak sebok cari duit. korang ingat dengan ijazah dan duit boleh bahagiakan mereka? mereka nak korang gak. tu pun mereka sanggup beralah.



iklan ini memang sakit hati!! menantu hantu. kurang ajar dengan bapak mentua. dia tak tahu ke tu wali anak dia. tapi pengajaran cerita ini baguskan?



tersentuh aku tengok mamat tu jaga bapak dia.



iklan ini nampak macam budak-budak ni curi lembu, tapi apa yang penting, mereka berjaya mengubat hati ibu mereka.

****video lain carilah kat youtube

bila tengok sebahagian iklan ini, aku teringat akan tok abah aku yang kencing dalam kereta bapak aku sebab tak tahan sangat. bapak aku cuci kencing tu, marah pun tak. dia senyum je. aku masa tu pulak merungut kena tolong buat kerja tu. bila usia meningkat, barulah aku faham, itulah tanggungjawab seorang anak lebih-lebih lagi anak sulung.
Masa mak aku jaga arwah atok aku yang lumpuh, aku juga merungut sebab atok aku berak tak bagitau, habis bau satu rumah. tapi mak aku rilek je cuci berak atok aku. bila aku ingat balik peristiwa itu, aku sedar, nikmat dunia ini tak lama, kejap saja tuhan tarik. masa susah, keluargalah jadi tempat kita mengadu dan minta pertolongan. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Atok aku, Md Salleh bin Abdul Rahman. Al-Fatihah.

semoga apa yang berlaku jadi iktibar.

Khamis, September 17

Bangsaku Berjaya

Hari-hari aku belek buku bahasa Melayu, linguistik Melayu kerana nak memahami bangsa sendiri. Kadang-kadang aku jadi tak faham apa aku baca dengan macam-macam pendapat dalam buku-buku itu. Baik aku tidur. Nak belajar lagi, kerja lagi. Ilmu-duit….itu yang terpenting sekarang ini.
Hati memang sakit bila mengenangkan perangai bangsa aku sendiri. Aku tak pernah jumpa manusia sehina mereka. Ada sebahagiannya sering menyakitkan hati. Tapi bila perkara ini berlaku, aku sedar dan aku berharap aku tidak akan jadi seperti mereka kelak. Itulah MELAYU. Satu bangsa yang hebat di rantau Nusantara ini, yang bahasanya berada di tempat ke empat paling ramai penutur di dunia. Bangsa yang bersepah jauh di seluruh Pasifik dan lautan Hindi.
Bila sudah kaya, berjawatan tinggi, berkereta mewah, mereka inilah yang paling sombong dan bongkak. Jika dibandingkan dengan Cina dan India, bangsa Melayu yang berkedudukan tinggilah paling angkuh dan bongkak.
Pengalaman menjadi lelaki yang seperti tunggul berhiaskan Exxonmobil, Syn5000, SynF1 sering menerima teguran seperti “lembap, slow, lampi, tak professional…….” Macam-macam lagilah. Ini bukan kali pertama. Sejak aku jadi tunggul berhias KFC holding lagi benda ni jadi macam ni. Beza sungguh perangai kaum tertinggi di Malaysia ini.
Ia, memang benar kata mereka. Golongan pekerja macam aku ini tidak berpendidikan tinggi seperti mereka. Aku boleh tersenyum sahaja. Cakap banyak pun macam membodohkan diri, ada baiknya aku diam saja.
Aku ingat lagi peristiwa yang menyakitkan hati aku. Rasa nak aku tumbuk saja muka makcik tu. Sudahlah bertelekung baru balik Tarawih, isi minyak murah Ron95, pakai CRV. Kawan aku terbuat silap bila dia tertekan Cash sedangkan mak cik tu guna kad kredit. Terus dia maki hamun kawan aku. Apa silapnya. Kawan aku tu manusia biasa, janganlah herdik dia macam dia tu manusia tak bermaruah. Itulah MELAYU.
Siapa-siapa yang baca artikel murah aku ni, beringatlah. Jadilah manusia yang rendah diri dan berfikir panjang. Memang kita banyak duit, tapi duit itu tidak kekeal. Yang penting ialah penyatuan bangsa MELAYU itu menjadi nombor satu di negara ni. Barulah aku faham, memang hebatlah penjajah barat menjajah MELAYU kerana mereka tahu mana kelemahan MELAYU itu. Sesama bangsa sendiri pun tak mahu tolak ansur.
Selamat Berhari Raya. Aku halalkan minyak yang mereka isi nak balik kampung.
sekian

Jumaat, Ogos 14

August Award dari Ms.Independant




TERIMA KASIH..... Ms.Independant

Khamis, Ogos 6

ulasan ringkas

Banyak yang berlaku dalam negara ini yg kita nampak tapi buat-buat tak nampak. Apa pun yang berlaku, diskriminasi tetap ada. kadang kala diskriminasi itu berlaku melampau-lampau. Bukan dilakukan oleh bumi tetapi bukan bumi.
contohnya dalam perniagaan, kita masing-masing nampak apa yang berlaku.

Apa yang ditulis oleh Ridhuan Tee itu sememangnya betul. Golongan ultra-kiasu ini semakin ramai dan semakin merebak ibarat selsema babi. Malah, golongan yang berbangsa 'itu' sememangnya buta sejarah dan tidak tahu berterima kasih. Mereka juga tidak sedar diri.

BN/UMNO dan Pakatan (kecuali PAS) sama macam tongkol. Bila berlaku sesuatu tak baik terhadap kaum bukan bumi, semua macam menyalak tunjuk kuat. Tetapi bila isu kezaliman terhadap bumi, semua senyap dan isu yang diperkata terus lenyap.Semua tak boleh pakai!

Bila Kacang Lupakan Kulit (diambil dari http://ridhuantee.blogspot.com/)

BILA KACANG LUPAKAN KULIT (Mingguan Malaysia 2 Ogos 2009)
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Saya dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk ‘Nasib Melayu di Bumi Melayu’. Saya dituduhkan sebagai penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini. Saya mengucapkan terima kasih atas yang respon yang telah disampaikan. Saya tidak berhasrat untuk memberikan respon, kerana saya malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan bahawa mereka ini seorang yang profesional. Orang sebegini tidak selayaknya untuk dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.
Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya. Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung. Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina. Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf. Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata yang benar. Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun. Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian. Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian. Kedua-dua agama ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah. Persoalan sama ada mereka yang melakukan perbuatan sedemikian akan bertanggungjawab atau tidak, itu tidak berbangkit. Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita? Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita?
Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina. Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias. Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain. Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya? Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar. Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan. Begitulah sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit.
Pada saya, hujah yang dikemukakan mesti dibalas dengan hujah berasaskan fakta dan ilmu, bukan menyerangkan peribadi. Untuk makluman semua, saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan. Tajuk tesis saya berkaitan dengan ‘persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO’. Hujah yang saya lontar itu adalah datang daripada dapatan sebahagian kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif. Apakah saya tidak layak untuk memperjelaskan isu ini? Apakah yang berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang menghantui diri sehingga tidak sedar diri?
Itupun nasib baik saya tidak rekod-rekod yang buruk sebelum ini seperti ahli politik dan penulis yang lain. Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata untuk mengecam saya. Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir’ yang telah dicanangkan sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka memahami sejarah sehingga menjadi manusia yang tidak mengenang budi ini. Malah mereka menjadi semakin ultra kiasu dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenar.
Saya hanya cuba mengatakan yang benar. Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan. Begitu jua saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam. Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain kemewahan. Saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa. Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi kerajaan/UMNO saya akan dituduh bermacam-macam. Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji melambung. Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa memuhasabah diri apabila dikeji. Sifat ini perlu ada pada semua manusia.
Saya menulis atas kebenaran. Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan celik perlembagaan. Saya tahu asal usul saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan sedemikian rupa akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka, berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudah-sudah.
Saya menulis apa yang benar, apa yang salah. Saya tidak menuding jari terhadap siapa yang benar atau siapa yang salah. Saya tidak ada masalah untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan akademik, bukan berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud. Janganlah jadi pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri. Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri. Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Malah akan mengusutkan lagi sesuatu yang telah kusut.
Terus terang saya katakan, setelah membanding Malaysia dengan negara-negara lain di dunia, ternyata Malaysia adalah sebuah lain dari yang lain. Amat unik dan toleransinya amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu. Selaku rakyat berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini. Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah. Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti mereka di negeri China. Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan keCinaan (atau keIndiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini?
Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara di sana. Kita lihat di Thailand, pada tahun 1930an semua identiti kaum Cina dihapuskan termasuk meroboh semua sekolah Cina. Hari ini, orang Cina di Thailand sudah tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai (Siam). Tidak ada beza antara orang Thai dan orang Cina. Cina yang sudah tidak ada semangat Cina. Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negeri China. Begitu juga di Indonesia. Banyak lagi contoh lain yang boleh saya ketengahkan. Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur.
Berbeza dengan di Malaysia, sudahlah namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia, keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Cina tetap dengan kecinaannya. Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan. Mereka tidak mahu ambil tahu langsung tentang adat budaya Melayu. Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu. Istilah-istilah yang digunakan terhadap orang Melayupun istilah-istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku. Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang habis-habisan sebarang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah. Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah dengan sekolah Cina dan semangat keCinaan mereka.
Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina. Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam melalui pergaulan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu sensitiviti orang Melayu dan cara hidup Melayu. Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan Allah SWT, darahnya tetap darah Cina. Jika saya ditakdir lahir di kawasan orang Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah negara.
Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada sejarah Melayu. Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat dipisahkan juga dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan Melayu. Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu. Tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan bahawa penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah sepertimana yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada hubungan antara ‘tuan’ dan ‘hamba’. Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah Melayu. Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Dengan sebab itu, istilah ketuanan Melayu digunakan. Justeru, tidak salah penggunaan istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina bangsa lain.
Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir itu tidak salah. Identiti ini sekadar hendak menunjukkan bahawa inilah keadaan Malaysia yang sebenar, sebelum dan selepas merdeka. Apa yang penting perlaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasikan semua kaum yang ada di negara ini. Jika ada pun diskriminasi atau ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?
Saya masih teringat apabila Teresa Kok dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea untuk mewujudkan sebuah bandar Cina di mana di situ ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik pelabur-pelabur daripada negara China. Adakah idea ini tidak rasis? Adakah saya yang membangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh rasis. Jangan jadi gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas. Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia? Adakah politik sebegini tidak rasis? Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.
Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya. Saya masih tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang-pejuang Cina yang gugur menentang Jepun ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945. Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang telah terkorban mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu. Fakta ini salah dan menyeleweng.
Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak dibina. Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.
Ini disebabkan oleh sejarah politik/perang/permusuhan antara Jepun-China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling berperang dan berdendam antara satu sama lain. Penentangan Cina terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap orang Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. MPAJA adalah alat PKM. Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu. Pada masa sama sebelum itu, MPAJA diperalatkan British untuk menentang Jepun. Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah?
Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan Nilai, dan menjadi pusat penyembahan. Apakah saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis. Adakah yang membina tugu itu tidak rasis?
Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis. Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini. Atau terdapatkah universiti kepunyaan UMNO di negara ini? Tetapi kita ada Kolej/Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan), Kolej New Era (Dong Jiao Zong), Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan bermacam-macam lagi institusi berasaskan kaum. Adakah ia tidak rasis? Siapakah sebenarnya yang rasis? Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?
Ini tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu tertentu dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar pelancong dapat tahu nama-nama jalan tersebut. Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa mereka sendiri. Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa rasmi di sini. Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan. Adakah ini tidak rasis?
Ke manakah kita nak bawa negara Malaysia? Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung. Pada hemat, apapun yang berlaku kita perlu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah. Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang bukan Melayu. Pendek kata, kita perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak diabaikan.
Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar. Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri mereka. Kebanyakan rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan. Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam perlembagaan. Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. Sudah pasti dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama-agama lain.
Begitu juga dengan DEB. Ia tidak boleh dilihat dari perspektif negatif semata-mata. Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam DEB? Sila baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan Joo Lan dalam bukunya the Chinese Malaysian Contribution. Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya. Jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar adalah orang Cina. Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan sama. Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata. Jawabannya tidak, banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan DEB dan sebagainya. Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.
Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal-usul sejarah Malaysia terlebih dahulu. Bagaimana Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia. Bagaimana identiti sesebuah negara tercabut disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak. Sedangkan kita tahu bahawa Tanah Melayu, boleh terus kekalkan menjadi nama Tanah Melayu. Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu. Kenapakah sebuah negara Melayu boleh terlepas menjadi negara Cina di kepulauan Melayu. Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasib kita berada di sini.
Kita perlu ingat, bermasyarakat majmuk bukan berlaku secara semulajadi. Tidak ada satu negara di dunia bermula dengan masyarakat majmuk. Semua negara bermula dengan satu bangsa. Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama sesebuah negara itu. Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India – India, Siam – Siam (Thai), Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat – negara-negara kulit putih dan sebagainya. Kemajmukan sesebuah negara berlaku disebabkan oleh penghijrahan. Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa? Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik? Orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan di negara-negara kepulauan mereka sendiri. Sedangkan orang lain mungkin ada tempat yang hendak dituju.
Bandingkan juga dengan Singapura. Sebuah negara Melayu yang telah jatuh kepada orang majoriti Cina. Adakah nasib Melayu terbela? Adakah kerajaan Singapura mempercayai orang Melayu? Berapa ramai orang Melayu dilantik menjadi menteri dan jawatan-jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-lain? Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu? Orang Melayu merempat di bumi sendiri. Adakah kita mahu ia berlaku di Malaysia?
Dalam isu Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu dibela. Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang boleh mengguris hati orang lain. Orang Melayu tidak hanya ada dalam PKR dan PAS sahaja, Melayu juga dalam UMNO, parti-parti lain dan ada yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Adakah kerana kita berada dalam Pakatan, bermakna kita hanya perlu menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja. Bagaimana dengan yang lain? Saya mengaitkan isu Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama. Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin. Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah salah individu. Jangan pula agama disalahkan. Agama itu terlalu suci. Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil. Bila saya bercakap seumpama ini saya dituduh tali barut UMNO.
Apakah UMNO terlalu buruk? Apakah UMNO tidak ada jasa langsung terhadap orang Cina atau Melayu yang lain? Adakah kejayaan orang Cina ini hari berlaku dengan secara semulajadi? Apakah UMNO itu terlalu buruk sehingga kepentingan kaum lain dinafikan sama sekali? Memang tidak dinafikan bahawa UMNO ada kelemahan, kerana UMNO itu ditadbirkan oleh manusia. Jika ada penyelewengan dan korupsi dalam UMNO, itu adalah segelintir individu, masih ramai orang UMNO yang baik-baik yang masih boleh dijadikan kawan dan didakwahkan. Adakah kita terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur? Janganlah seperti kacang lupakan kulit.

Rabu, Mac 25

Bantah PPSMI

7 Mac lalu, satu rapat umum telah diadakan di Kuala Lumpur bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Namun, media dan sebahagian anggota masyarakat memandang dan memperlekehkan usaha murni Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) sebagai kolot dan tidak mahu maju. Mengapa GMP dan NGO Melayu mahukan PPSMI ini dimansuhkan dan apakah kesan jangka panjang jika PPSMI diteruskan? Kita lihat bahasa Melayu terancam dengan PPSMI, tetapi sedarkah kita bahawa bahasa Melayu telah terancam dalam pelbagai bidang di negara ini.





PPSMI diperkenalkan tujuh tahun lalu oleh Tun Dr Mahathir yang mahu pelajar sekolah mengusai bahasa Inggeris dalam sains dan teknologi supaya generasi muda negara mampu bersaing dengan masyarakat antarabangsa. Kesan dari perlaksanaan PPSMI ini, sukatan matapelajaran yang asalnya dalam bahasa Melayu telah di tukar kepada bahasa Inggeris, dan pelajar mula didedahkan dengan istilah baru dari bahasa Inggeris seperti add, divide, multiply, liver, stomach, lung dan sebagainya.

Perubahan drastik ini memberi kesan besar kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu akan berubah taraf kepada bahasa pasar dan bukan bahasa ilmu. Memang benar bahasa Melayu masih menjadi bahasa pengantar bagi beberapa matapelajaran yang lain, namun, dengan PPSMI, bahasa Melayu dilihat seolah-olah tidak penting dalam sains dan matematik. Kepupusan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bukan sahaja mula menjalar di sekolah-sekolah, tetapi dikebanyakan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, bahasa Melayu telah hilang tarafnya sebagai bahasa Pengantar. Contohnya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, hampir semua kursus yang ditawarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar malah buku rujukan dan nota kuliah turut menggunakan bahasa Inggeris.




Keagungan tamadun Islam adalah bermula dari keilmuan yang dimiliki tamadun ini. Sarjana Islam seperti Al-Kindi telah menterjemahkan naskah-naskah ilmu Yunani purba ke bahasa Arab supaya orang Islam dapat mempelajarinya dengan mudah. Malah ilmu tersebut dikembangkan sehingga banyak manuskrip ilmu yang dihasilkan dengan bahasa Arab. Bangsa Jepun telah lama maju dalam sains dan teknologi dengan bahasa mereka sendiri. Begitu juga dengan negara bangsa yang lain. Mereka memiliki jatidiri bangsa mereka dengan bahasa mereka sendiri sehinggakan bangsa lain mahu mempelajari ilmu yang mereka miliki. Misalnya, seorang pelajar Melayu mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Jerman. Sebelum belajar di sana, pelajar tersebut perlu mempelajari bahasa Jerman kerana bahasa Inggeris tiada nilai di negara tersebut.

Dalam kerjaya hari ini, banyak syarikat tempatan yang menetapkan bahasa Inggeris sebagai syarat terima bekerja. Begitu juga dengan bahasa Mandarin. Mana maruah bahasa Melayu? Apakah bahasa Melayu itu dikelaskan sebagai bahasa bawahan atau bahasa kuno? Apakah dengan bahasa Melayu sahaja, anak-anak Melayu menganggur bertahun-tahun kerana tidak fasih berbahasa Inggeris?





Memang benar bahasa Melayu adalah bahasa keempat paling ramai penutur di dunia. Tetapi ia hanya gah sebagai bahasa pertuturan bukan sebagai bahasa ilmu yang penting. Tidak salah jika kita mempelajari bahasa Inggeris kerana ia sebahagian dari tuntutan agama iaitu menuntut ilmu. Namun, apa yang dikhuatiri sekarang, penekanan terhadap bahasa Inggeris akan mengugat keutuhan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.



Pejuang bahasa yang berhimpun pada 7 mac lalu bukannya insan yang kolot, bukan insan yang tidak mahu maju. Tetapi insan yang mahu membela bahasa ibunda agar dapat bersaing dengan bahasa lain. Orang kita sibuk dengan bahasa asing, bahasa sendiri dilupakan ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Sekian, terima kasih.