Rabu, Disember 9

Ketuanan Melayu untuk Melayu atau UMNO??

Baru beberapa hari kecoh dengan ahli parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran (gambar)yang mempertikai ketuanan Melayu yang bercanggah dengan semangat 1Malaysia. Mula-mula, sukar untuk aku mempercayai laporan Utusan Malaysia kerana akhbar ini terlalu banyak membuat spekulasi yang buruk terhadap Pakatan Rakyat. Tetapi setelah aku baca blog YB tersebut, memang benarlah dakwaan itu. Rujuk: http://ipohbaratvoice.blogspot.com



Apa yang dimaksudkan dengan Ketuanan Melayu?

Yang melatah kuat macam biasa orang UMNO dan sekutu UMNO. Kenapa mahu hairan dengan dakwaan YB Tamil itu? Umum ketahui mereka yang bukan Melayu memang tidak senang dengan kepimpinan Melayu. Malah generasi muda bukan Melayu hari ini memang tidak suka dengan semangat Nasionalisme Melayu yang pada mereka dianggap sebagai rasis dan ultra-Melayu.

Tetapi kepimpinan UMNOlah yang kurang pandai (dalam erti kata BODOH) mengamalkan dasar 1Malaysia. Hakikatnya, dasar yang kononnya mahu mengambil hati bukan Melayu (setelah hampir kalah pada PRU12) kelak memakan diri sendiri.

Siapa tidak kenal dengan DAP. DAP memegang prisip Malaysian Malaysia sama seperti di Singapura. Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu, Cina dan Tamil sebagai bahasa Kebangsaan. Jawatan PM pun mereka mahu sapu. Maka, dengan wujudnya 1Malaysia ini, dapatlah mangkuk-mangkuk hitam dan putih ini mempertikaikan ketuanan Melayu.

Masalah ini bukan berpunca dari DAP. UMNO perlu bermuhasabah diri kerana merekalah penghancur kepada bangsa Melayu.

Ketuanan Melayu bagi UMNO hanyalah Presiden UMNO yang akan memegang jawatan Pengerusi BN dan seterusnya menjadi PM Malaysia. Maka parti pak turut macam MCA, MIC, Gerakan, PPP dan semua parti komponen BN lain terimalah UMNO sebagai ketua mereka. Itulah ketuanan Melayu UMNO.

Benarkah UMNO memperjuang ketuanan Melayu?

Pada hemat aku, ketuanan Melayu ini satu istilah yang cukup besar bagi Malaysia. Tetapi bagi UMNO, ketuanan Melayu hanyalah idea politik hangus mereka. Kenapa? Sebab UMNO juga penghancur kepada Melayu.

Contohnya dengan perlaksanaan BI sebagai bahasa pengantar ilmu bagi mengantikan BM. Pemimpin UMNO hari ini langsung tidak sedar diri. Masih menganggap bahasa penjajah itu sebagai bahasa yang boleh membuatkan Malaysia maju. Tetapi tidakkah mereka sedar, bahawa bahasa merupakan satu perjuangan nasionalisme yang penting bagi sesebuah bangsa. Tanpa bahasa, hancurlah Negara itu. Lebih baik dijajah British dari hidup dalam Negara dengan pemimpin yang tidak sedar diri.

Banyak lagi contoh yang telah UMNO buat seolah-olah biadap dengan ketuanan Melayu. Misalnya perlantikan MB Terengganu oleh Sultan Mizan. Ada ahli UMNO yang menggunakan perkataan ‘natang’ (binatang). Entah pada siapalah yang mereka tujukan perkataan itu kerana begitu marah setelah Idris Jusoh digugurkan dari jawatan MB. Bila ada bukan Melayu mempertikai kedudukan Raja-raja Melayu, mulalah UMNO dan sekutunya mengamuk sakan seperti mereka sahaja yang betul.

UMNO jugalah yang mencantas pemimpin Melayu yang tidak sehaluan kerana pemimpin itu tidak sependapat dengan mereka. Mereka mahu Melayu bersatu dengan bersatu dengan PAS, tetapi setelah mereka kembali kuat, mereka cantas pula pemimpin PAS. Itulah maksud ketuanan Melayu.

Berubahlah.
---aku tak suka DAP tau.

0 ulasan: