Walaupun aku terlepas ceramah Anwar di sana, aku tahu Parlimen Hulu Selangor sekarang ‘goyang’, maka Najib dan sakai-sakai BN mahu ‘goncang’ Hulu Selangor. Aku rasa Hulu Selangor lagi aman dari BN sebab majoriti sudah tolak BN. Tiada apa yang menarik dengan Hulu Selangor. Cuma kawasan hulu yang sememangnya tiada yang menarik. Projek terbengkalai pun banyak.
Projek terbengkalai banyak di Bukit Sentosa dan paling tegar di Bukit Beruntung. Di kawasan Serendah, BN pernah laksana projek Taman Orkid Antarabangsa Serendah. Apa yang ada hari ini? Bukit habis dibotakkan, taman orkid itu hanya tinggal nama sahaja. Mereka buat projek itu berjuta-juta. Tapi apa yang tinggal?
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan SPRM wajar siasat mengenai Projek Taman Orkid Antarabangsa Serendah ini. Sudah bertahun0tahun ia masih belum menerima kunjungan rakyat mahupun orang luar. Pastinya ada penyelewengan yang kronik pada taman orkid ini. Isu PKFZ sudah didedahkan, taman orkid bila lagi? Sekecil-kecil tempat yang tak dikenali macam Serendah, masih ada bukti yang menunjukkan PENYELEWENGAN KUASA DAN RASUAH UMNO/BN. Begitulah busuknya UMNO/BN ini.
Di Kawasan serendah juga giat dijalankan aktiviti meratah bukit yang hijau ketika pemerintahan BN Khir Toyol dulu. Kawasan yang terlibat adalah Serendah, Sungai Gapi, antara Gapi dan Kuala Kubu Baharu. Kalau tak percaya, bawalah kereta menghala ke utara melalui jalan utama daerah itu, nampaklah banyak bukit yang tobek dan botak serta banyaklah projek terbengkalai bertahun-tahun. Di Kuala Kubu Baharu saja ada dua kawasan perumahan yang terbengkalai sejak 5 tahun dahulu. Ia kekal jadi monumen BN/UMNO.
Setelah bertahun-tahun duduk di daerah yang dicengkam dengan KEBODOHAN BN/UMNO, maka rakyat sudah meluat dan tolak BN pada pilihanraya umum baru-baru ini. G.Palanivel (BN), pulang menangis-nangis sebab kalah dengan PKR (Datuk Zainal). Kini, Datuk Zainal pula buat hal. Entahlah, aku dengar Datuk Zainal diserang strok (betul ka?) dan sukar untuk melakukan tugas-tugas wakil rakyat.
Hulu Selangor masih banyak yang harus diperbetulkan sejak pemerintahan Khir Toyol. Tapi bukan mudah untuk kerajaan Pakatan Rakyat hari ini laksanakannya kerana sudah bertahun-tahun saka BN/UMNO ini merosakkan Hulu Selangor.
Ingat tak anda pada kes PENYAPU Khir Toyol? Hadiah penyapu diberi kepada Yang diPertua Hulu Selangor kerana prestasi PBT tersebut merosot (gambar). Anak toyol tak sedar, bertahun dia jadi MB, satu habuk pun tak menguntungkan Selangor.

Eloklah anak Toyol yang dapat penyapu.
*****
Aku berasal dari Serendah. Masalah sosial di Serendah sangat teruk.
0 ulasan:
Catat Ulasan