Tertulis dalam sejarah terutama dalam Linguistik Melayu sejarawi menyatakan usaha pihak penjajah yang cuba menukar agama orang Melayu dari Islam ke Kristian. Penjajahan bukan beerti jajah dengan memerintah dan mengaut keuntungan semata-mata, akan tetapi mereka turut menyebarkan agama Kristian.
Penggunaan alat cetak secara meluas pada 1806 di Pulau Pinang telah menghasilkan hikayat sastera dalam bentuk menyebaran agama Kristian serta kitab Bible dalam bahasa Melayu. Contoh-contoh dakyah Kristian:
1. Certera Hikayat Isa (1831)- sebuah penulisan mengenai Jesus.
2. Risalah: Bahawa Hendaklah Engkau Menyembah Allah dan Berbakti kepadanya sahaja (1832) – Mubaligh Kristian telah menggunakan perkataan ALLAH supaya orang Islam terpengaruh bahawa Krisyian juga turut menyembah Allah. Hakikatnya mereka hanya mahu memesongkan akidah orang Melayu sama seperti yang berlaku hari ini. Ia dicetak sebanyak 2000 naskah oleh Singapore Mission Press.
3. Tamsil Yakni Perbandingan Agama Tuhan Isa al-masih dengan Agama Muhammad (1839) – menggunakan tulisan jawi dan ditulis oleh Paderi Thomas Beighton.
4. Pujian-pujian Yakni Tahlil yang dinyanyikan oleh Orang Masihi (1839) – Juga ditulis oleh Paderi Thomas Beighton.
5. Kebangkitan al-masih (1839) - Juga ditulis oleh Paderi Thomas Beighton.
6. Risalah Kristian (1840) – Tulisan Paderi John Bunyan dengan tulisan jawi.
7. Bahawa ini pujian-pujian yang dinyanyikan berbagai-bagai lagunya (1840) – Dicetak di Singapura.
8. Hikayat Seorang budak bernama Tom (1840) – dicetak dengan menggunakan tulisan jawi di Pulau Pinang.
9. Bahawa ini Hikayat Isa (1843).
Sebenarnya ada banyak karya cetak untuk menyebaran Kristian di Tanah Melayu, jumlahnya beribu dan ada yang tidak dapat dinyatakan. Ini merupakan sebahagian dari bentuk pasif mubaligh dalam usaha untuk mendekati orang Melayu dengan kristian.
Bible guna bahasa Melayu?
Bahasa Melayu umumnya diguna sepenuhnya oleh orang Melayu. Pada zaman Kolonial, Kristian hanya dianuti oleh orang eropah yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan harian. Tetapi bila mereka menggunakan BM dalam percetakkan kitab-kitab Kristian, nampaklah hakikatnya mereka memang mahu mengkristiankan orang Melayu. Itu kisah zaman Kolonial. Mubaligh Kristian berputih mata kerana gagal menyebarkan Kristian pada orang Melayu. Yang berjaya terpengaruh hanyalah orang Cina dan India yang dibawa masuk ke tanah Melayu.
Kini, setelah merdeka lebih setengah abad, warisan Mubaligh colonial masih diteruskan. Mereka masih menggunakan BM sebagai salah satu bahasa dalam agama Kristian. Mereka mendakwa ia digunakan oleh penganut Kristian di Borneo maka wujudlah naskah Al-Kitab (Bible).
Namun ia tidak mengapa kerana BM adalah lingua-franca, bahasa Kebangsaan dan bahasa paling berpengaruh di Malaysia. Mungkin mereka terlalu cintakan BM sehingga mahu menggunakan BM dalam hal agama Kristian.
Masalahnya, bila mereka menggunakan perkataan Allah, ia boleh menimbulkan kekeliruan. Kekeliruan ini sengaja ditimbulkan kerana mereka bertujuan mahu menyebarkan agama Kristian pada orang Melayu khususnya. Berbalik pada rujukan mengenai karya “Risalah: Bahawa Hendaklah Engkau Menyembah Allah dan Berbakti kepadanya sahaja (1832)”. Kalimah Allah jelas menunjukkan ia memang diguna untuk menyebarkan Kristian pada orang Melayu. Di Singapura pada masa itu ada orang Borneokah? Jika ia diguna untuk orang Kristian, orang Inggeris, cina atau India guna BM kah? Mereka boleh menipu tetapi orang Melayu tidak mudah ditipu. Penat sahaja usaha mereka 200 tahun dahulu gagal, kini diwarisi anak-anak bangsat millennium.
Parti Islam SeMalaysia telah menyatakan pendirian tidak menyokong, NGO-NGO Islam juga turut membantah, Kerajaan pula berusaha untuk mengemukakan rayuan. Kita harap semuanya selesai dengan baik tanpa mencetuskan pergaduhan kaum di Malaysia. Umat Islam di Malaysia perlu bersatu menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian.
Yang dibimbangi.
PAS menentang, UMNO turut menetang. Jangan pula si bodoh dalam UMNO guna peluang ini untuk memecahkan PAS dalam Pakatan Rakyat. Islam boleh bersatu menentang musuh Islam iaitu orang kafir. Akan tetapi, jika UMNO juga isu ini sebagai permulaan politik mereka, memang benarlah UMNO tak ikhlas. DAP senyap saja. Pergi mana jaguh sosialisme itu?
0 ulasan:
Catat Ulasan