Jumaat, Januari 22

Kisah Tanggang dan ‘Hati Budi’ Wartawan Utusan.

Utusan Malaysia sememangnya akhbar pro-Barisan Nasional yang sering memaparkan berita keji mengenai Pakatan Rakyat. Setiap laporannya memenuhi penipuan dan pembohongan dengan memutar belitkan fakta asalkan imej BN/Umno bersih. Yang jahat itu pada mereka hanyalah kumpulan yang menentang BN/Umno.

Yang jahat itu hanyalah Utusan, tetapi tidaklah pada pekerja-pekerjanya yang hanya makan gaji untuk menyara kehidupan terutama Wartawan utusan. Mereka menulis atas arahan MANGKUK HAYUN PEMBODEK UTAMA BN/UMNO (MPUBU). Jika arahan mahukan mereka aibkan Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat, mereka akan tulis kerana desakan kerja. Yang penting anak bini mereka dapat sesuap nasi.

Jika anda baca Utusan 22 januari 2010, seorang ibu tua yang berusia 52 tahun pasrah apabila dihalau oleh anak perempuannya. Tumi Wongsoruju yang datang dari Sarawak telah dihalau setelah anaknya tidak mengaku dia ibu kandungnya.

Baca petikan dari Utusan ini:

“Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.”

‘Baiknya hati’ wartawan Utusan.

Alangkah bagusnya jikalau mereka menulis artikel yang bebas dari pelukan politik. Sekurang-kurangnya beritahulah pada Malaysia bahawa Adun PR Perak tidak boikot pembentangan Bajet Negeri, tetapi Adun PR Perak dihalang memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri. Ataupun tulislah Umno itu korup.

Alangkah baiknya begitu….

0 ulasan: