
Cuba fikirkan dan ambil contoh ini….
Kerajaan Junta Myanmar mengepung rumah Aung San Su Kyi, sampai mak cik tu nak keluar pergi Shopping pun tak boleh.
Maka, kerajaan Malaysia pimpinan Najib mengutuk tindakan junta sebagai satu tindakan menguburkan demokrasi.
Itu campur tangan ke?
Kemudian Malaysia mendesak PBB meluluskan satu resolusi supaya demokrasi di Myanmar dipulihkan. Maka Negara-negara dunia mengutuk tindakan junta Myanmar.
Ini campur tangan ke?
Sokongan ke atas Anwar lebih kepada sifat persahabatan dan Australia lebih terpengaruh dengan Anwar berbanding Najib. Kesimpulannya, NGO dan BN yang berDemo tempoh hari adalah kumpulan manusia kurang pandai. Kalau macam itu, lebih baik Malaysia amalkan dasar pintu tertutup.
Campur tangan asing pada UMNO adalah berbeza.
Ketika kita belajar di sekolah dahulu, campur tangan penjajah merupakan satu bentuk penjajahan dengan mendesak negeri-negeri Melayu menerima Residen dan Penasihat British di negeri jajahan dan naungan.
UMNO dulu terima penjajahan. Bila Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menggunakan selogan MERDEKA!, petualang bangsa Melayu UMNO ini kutuk PKMM dengan pelbagai sindiran sinis antaranya, “Nak buat jarum pun tak boleh, inikan nak perintah sendiri.”
Umno langsung tiada usaha ke arah kemerdekaan malah membantu dan menyokong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu. PKMM pula diharamkan kerana menentang British.
Itu baru campur tangan la ngok!!!

2 ulasan:
khairy ketua demo..tu la jadinya kurang akai skit..kahkahkah
haha. die da cuak..kesian KJ. da kena tego baru nak tunjuk gigi
Catat Ulasan