Adapula pencacai ini berkata, pembangunan berpotensi kampung baru, KL adalah untuk menaikkan imej kampung itu.
Nong Chik pula berkata,
“..kerajaan akan beli tanah dengan harga RM 4 juta….penduduk kampung baru akan jadi jutawan…”
Lagi dia berkata,
“…penduduk perlu pindah sementara waktu bagi tempoh pembangunan…lepas siap projek hangpa semua bolehlah pindah balik kampung baru…”
Hahahahaha, jahat memang jahat
Tanah di kampung Baru akan dibeli dengan harga RM 4 juta, tetapi cuba anda bayangkan projek di tanah itu mungkin memperoleh untung berBILION ringgit! Agaknya berbaloi tak kalau jual tanah dengan harga RM 4 juta?
Lagi nong Chik berkata,
“…undang-undang akan dikaji…diguna untuk memastikan pembangunan kampung baru berjalan lancar…”
Ini pula ugutan Nong Chik!
Kalau ada undang-undang untuk membeli/merampas tanah di Kampung Baru, maka kerajaan boleh guna POLIS untuk menghalau penduduk yang majority Melayu.
Inilah yang dinamakan Melayu MAKAN Melayu. Memang kurang ajarlah mereka yang mahu rampas satu-satunya kampung Melayu di KL. Kalau Guan Eng tak bagi projek pada kontraktor Melayu tamak, mereka cakap kerajaan PR Pulau Pinang rasis dan mahu tindas Melayu, tetapi di KL boleh pula?
Cuba bantangkan, tanah-tanah Melayu yang mahal dan berpotensi tinggi untuk keuntungan pastinya akan dijual pada tokeh-tokeh Cina dan tokeh Melayu tamak. Lagi perit jikalau ia dijual pada pelabur asing. Ini satu bentuk penindasan pada rakyat!!
Cepat-cepat tukar kerajaan sebelum BN rampas semua tanah kampung Melayu. Aku tak nak tengok satu hari nanti, bangsa aku tinggal di rumah Flat yang kotor dan sesak. Tapi, menteri, pencacai BN, tokeh-tokeh Cina, tokeh-tokeh Melayu tamak dan orang asing hidup dalam banglo besar!
JANGAN UNDI BN

Inilah wajah orang yang ugut nak rampas tanah Melayu.
6 ulasan:
sooner or later akan jadi gak bende ni...
dah agak dah...
ini project dr zaman paklah lg dieorg nak kebas tanah kg.baru...
kahkahakh melayu semua kena tipu..
pangkah lg umno
takde ruangan untuk aku jadik followers blog ini ke?
baginda:
ade bro. sblh kanan. tak jumpa ke? aku ada 6 pengikut je. aku da follow ko. salam perkenalan
mate: kalau anak generasi skg kampung baru lalai, mmg terjual la kg tu
miss: kampung baru 2 mmg target petualang bangsa sejak dulu lg
Catat Ulasan