Ahad, Februari 7

Jeneral

Adakah barisan PAS,DAP dan PKR akan mengulangi kejayaan sama seperti pilihanraya lepas? Semua kejayaan ini berpunca dari kepimpinan Anwar Ibrahim yang bukan sahaja Berjaya menarik pengundi malah mengukuhkan kerjasama parti komponen dalam Pakatan Rakyat.



Fitnah kani ini sama seperti yang berlaku pada tahun 1998, di mana Anwar tetap meringkuk dalam penjara. Jika sabit kesalahan, Anwar akan hadapi penjara 20 tahun dan sebatan. Kini Anwar berumur 63 tahun. Jika dijatuhi hukuman, Anwar akan bebas ketika beliau berumur 83 tahun! Satu ancaman bagi Anwar Ibrahim sendiri yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri!

Jika Anwar gagal dan meringkuk dalam penjara, tidak bererti legasinya terpadam begitu sahaja. Rakyat terutama golongan muda ramai yang dipengaruhi idealisme Anwar sehingga beliau menjadi idola. Pengaruh Anwar lebih hebat dari Tun Mahathir. Tun Mahathir mungkin hebat sebagai negarawan yang Berjaya memajukan Malaysia, tetapi beliau seorang pemimpin yang sering bertindak seperti diktator. Malah ada ‘anak murid’ Tun yang melabelkan Tun sebagai Father of racist!

Tetapi Anwar, pengaruhnya pada semua kaum. Walaupun ada anak Melayu yang anti-Anwar, tetapi Anwar masih menjadi idola kebanyakan rakyat berbilang kaum. Itu yang hebat mengenai Anwar. Seorang orator yang telah membuatkan Shabery berbuih mulut ketika berdebat dengan beliau.

Pakatan Rakyat (PR) perlu mengekalkan formula Anwar dalam sebarang kejayaan PR. Jika beliau meringkuk dalam penjara, ia tak beerti paluan gendang perang terhenti begitu sahaja. Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat, walaupun umat Islam berpecah, Islam tetap menjadi kuasa besar yang Berjaya menumbangkan Rom Byzantine dan Parsi Kafir.

Pemimpin itu tidak semestinya perlu berada di saf utama. Apa yang penting adalah amanat dan cita-cita pemimpin wajar diteruskan biarpun semua pemimpin PR meringkuk dalam penjara. Selagi ada rakyat yang bernyawa, selagi itulah paluan gendang perang kedengaran.



Formula penyatuan parti komponen PR sbenarnya satu ramuan yang jauh lebih sedap dari Barisan Nasional. BN wujud akibat tekanan dominasi UMNO dan pengampu dalam parti komponen. Semua parti komponen BN seolah-olah tiada halatuju.

UMNO kononnya memperjuangkan hak Melayu, tetapi secara senyap, UMNO pernah menjadi agen British berbanding pesaingnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Penubuhan UMNO itu sendiri hanya untuk menentang Malayan Union. MCA dan MIC pula berasal dari pertubuhan kebajikan yang kemudiannya menyertai politik melalui Parti Perikatan. Parti komponen BN yang lain pula tidak Nampak bentuk perjuangan untuk rakyat mahupun ideology kenegaraan.

PR berbeza. PAS yang lahir selepas pengharaman PKMM oleh British muncul sebagai parti yang memperjuangkan Islam sebagai keutamaan serta kepimpinan ulama. DAP pula sebuah parti sosialis yang memperjuangkan hak sama rata kaum di Malaysia. Walaupun perjuangan mereka sama seperti PAP Singapura, akan tetapi kepimpinan DAP komited dalam perjuangan parti. Mereka langsung tidak mehu berkompromi dengan pemerintah. Malahan sering bercanggah pendapat dengan PAS. Namun, konflik berpanjangan telah membuatkan kedua parti sering bekerjasama dalam banyak perkara. DAP dan PAS banyak bertolak ansur dalam banyak perkara.

PKR, parti yang ditubuhkan selepas Fitnah 1998, juga hasil gabungan Parti Rakyat Malaysia telah menjadi tunjang utama PR. PKR menjadi sebuah parti untuk haluan nasionalis Malaysia dalam menentang pemerintah. Walaupun ada ahlinya yang terdiri dari saki baki UMNO, PKR tetap terus unggul dan popular dalam kalangan anak-anak muda. PKR seolah-olah menjadi satu parti nasionalis yang multi-kaum dengan penglibatan banyak kaum di Malaysia. Jika ada anak Melayu yang merasakan ‘berat’ untuk jadi ahli PAS, UMNO pula korup, maka mereka akan memilih PKR sebagai platform perjuangan. Walau bangaimanapun, PKR wajar mengemaskini ideologi parti agar tiada pengkhianat yang menyelinap dalam PKR untuk menghancurkannya.

Anwar bagai jeneral yang sedang mengatur stategi. Cuma kini, Anwar sedang berperang dengan fitnah yang tenteranya tidak mampu melawan. Cuma sokongan dan doa tentera menjadi kekuatan jeneralnya.

2 ulasan:

checkmate berkata...

susah nak cakap kes fitnah ni..tp confirm anwar akan dipenjara..

ACAP berkata...

mmg pun mate... tak apa. legasi anwar ttp kita igt