Rabu, Disember 16

Tuan Tanah dengan Penumpang Tanah di Zaman Feudal

Pada zaman feudal eropah dahulu, wujud satu struktur masyarakat bawahan yang hidup dalam tanah bangsawan. Golongan ini terdiri dari petani yang sering dihimpit dengan kuasa tuan tanah. Tiap tahun mereka perlu membayar cukai dari tanah yang mereka duduki. Golongan tuan tanah ini merupakan bangsawan yang hebat serta dekat dengan raja eropah.




Bila muncul banyak pemikir sosial di eropah, golongan bawahan ini dapat melepasi tekanan dari tuan tanah. Maka muncullah banyak idea kebebasan, hak asasi, demokrasi dan juga sosialisme.



Tetapi, kini, di eropah tetap ada yang kaya, tetap ada yang miskin. Bezanya mereka tiada struktur sosial seperti di zaman feudal.

Di Malaysia, pengaruh kebebasan itu menular dengan mendadak. Kalau dahulu, ada semangat nasionalisme. Orang Melayu ramai berjuang menuntut kemerdekaan dari penjajah. Kini, lain pula yang berlaku. Wujud pula golongan yang selalu menyuarakan kebebasan dan hak asasi manusia. Tidak kurang pula yang sibuk melaungkan kesamarataan rakyat dalam negara.

Golongan seperti ini muncul dalam parti politik dengan membawa idea sosialisme. Rata-rata dari mereka amat menentang konsep ketuanan Melayu. Satu bahagian politik pula sibuk melaungkan ketuanan Melayu semata-mata untuk meraih sokongan politik. Inilah yang dinamakan penipuan pemimpin dengan ideologi.

DAP memperjuangkan sosialisme yang tak mungkin diterima Melayu. Umno pula sibuk melaungkan ketuanan Melayu. Kedua-duanya sama haprak.

Kesamarataan yang dimahukan amat jauh sekali untuk kita capai kerana rakyat di negara ini terlalu jauh berbeza. Tidak mungkin ia dapat memuaskan hati semua pihak. Isu ketuanan Melayu pula telah membuatkan orang bukan Melayu melatah.

Ketuanan Melayu bukanlah membawa istilah kepada hubungan tuan kepada hamba, tetapi kedaulatan raja-raja Melayu serta kuasa politik Melayu. Tak mungkin seorang Raja Melayu mendengar nasihat seorang PM berbangsa Cina. Kerana ia pelik lagi memelikkan. Tetapi, perjuang politik haluan kiri membolehkan perkara ini berlaku.

Seperti yang berlaku di Perak (sebelum mamak Zambry jadi MB), DAP sudah menari kegembiraan bila mereka menang bersar di Perak. Mereka mahu melantik MB dari DAP sendiri yang sememangnya tiada satu pun dari mereka memiliki DNA Melayu.

Maka, Sultan Perak menggunakan kuasanya mengikut undang-undang tubuh negeri dengan melantik Nizar sebagai MB. Ternganga dan terloponglah para sosialis tadi kerana Sultan telah menggunakan kuasanya untuk melantik MB. Ini barulah dikira ketuanan Melayu. Tetapi isu ini disalah guna. UMNO dan DAP masing-masing ada kepentingan yang boleh merosakkan ketuanan Melayu itu sendiri.



Bila isu ketuanan Melayu disentuh, kita lihat pergolakan revolusi di eropah. Kebanyakkan revolusi dicetuskan oleh golongan sosialis. Mereka mengulingkan sistem feudal itu atas nama hak asasi manusia dan kebebasan manusia. Inilah punca kepada kejatuhan banyak monarki di eropah.

Tetapi tidak mengapalah kerana di eropah, satu negara, satu bangsa. Tetapi di Malaysia, satu negara, berbilang bangsa. Maka susahlah kalau kita hendak puaskan hati semua orang. Oarang Melayu turut punya perasaan. Mereka sudah lama berkerajaan di Nusantara ini sehingga sanggup terima kaum lain dan sanggup membanhagikan kuasa politik di kabinet dan Dewan Rakyat. Itupun masih terdapat golongan yang tidak bersyukur.

Politik…politik….

4 ulasan:

nadia saari berkata...

huh.
gud2.
zman sejarah y mbosankan time jd dak sek

ACAP berkata...

haha yela yaya...tp selalu baca jd seronok lak.

checkmate berkata...

baca sekali zaman Renaissance 14-16 century

ACAP berkata...

ok chekmate. ade kesalahan ke?