Khamis, Disember 24

Operasi Valkyrie dan Skandal TUDM

Merujuk tajuk di atas, Operasi Vakyrie dan TUDM merupakan topic hangat dunia ketenteraan sejak bermula tamadun manusia. Aku begitu teruja setiap kali membaca skandal TUDM mengenai kehilangan enjin jet skuadron 12 di dada akhbar. Kelicikan pihak tertentu (pihak dalam TUDM) membolos keluar enjin jet tersebut telah aku samakan dengan Operasi Valkyrie di Jerman pada Perang Dunia Ke 2. Apa tidaknya, kedua-dua peristiwa ini ada persamaan apabila ada pegawai tentera yang belot terhadap Negara. Namun, kemuliaan pembelotan antara Operasi Valkyie dan Skandal TUDM mempunyai jurang yang sangat berbeza.

Operasi Valkryie

Operasi Valkyie atau juga dikenali sebagai plot 20 Julai merupakan satu operasi bermotifkan untuk membunuh Adolf Hitler supaya rejim Nazi digulingkan dan sebuah kerajaan baru dibentuk bagi menamatkan penaklukan tentera Berikat (USA, Britain dan Rusia) ke atas Jerman.

Pegawai-pegawai pemerintah tentera di Kementerian Perang Jerman telah merancang untuk membunuh Hitler berdasarkan operasi ketenteraan yang licin tanpa tentangan pihak Nazi. Pegawai-pegawai yang terlibat (peranan utama):

1. Kolonel Klaus von Stauffenberg

2. Jeneral Friedrich Olbricht

3. Jeneral Ludwig Beck

4. Kolonel Albrecht Mertz von Quirnheim

5. Leftenan Werner von Haeften


Kelima-lima pegawai ini adalah kakitangan Kementerian Perang dan juga komander bagi Pasukan Tentera Simpanan Berlin. Rancangan utama mereka adalah mengambil alih kuasa kerajaan selepas kematian Hitler. Stauffenberg yang buta mata kiri, kudung tangan akibat bahana perang telah menulis draf Operasi Valkyrie untuk ditandatangani oleh Hitler sebagai satu bentuk operasi darurat sekiranya tentera Berikat berjaya memasuki sempadan Jerman. Stauffenberg Berjaya meyakinkan Hitler dan beliau telah menandatangani operasi itu! Hitler begitu teruja apabila bertemu dengan Stauffenberg sehingga beliau melabelkan Stauffenberg sebagai ‘Seorang pegawai Jerman yang ideal’.

Namun Operasi itu tidak seperti yang tertulis di dalam undang-undang darurat. Stauffenberg telah merancang untuk membunuh Hitler ketika lelaki itu bermesyuarat dengan pegawai-pegawai perang Jerman di Wolf Lair (hutan di selatan Jerman).

Kolonel Albrecht Mertz von Quirnheim berjaya meyeludup bahan letupan C4 dari depot tentera. Stauffenberg dan Leftenan Werner von Haeften akan menghidupkan dua bom C4 dan diletakkan di dalam beg Stauffenberg dan diletakkan dekat dengan Hitler. Selepas letupan (Hitler akan mati), Stauffenberg dan Haeften akan terbang ke Berlin. Ketua pasukan semboyan (signal) di Wolf Lair, Jeneral Erich Fellgiebel akan menghubungi pejabat Jeneral Olbricht untuk mengesahkan kematian Hitler dan selepas itu, Jeneral Olbricht akan melancarkan Operasi Valkyie tanpa sebarang tentangan dari pihak Nazi. Ini hanyalah rancangan awal yang menampakkan tanda-tanda kejayaan. Namun sebaliknya yang berlaku.

Pada 20 Julai 1944, kira-kira jam 1230 pm, Stauffenberg menyeludup beg berisi bom C4 ke dalam bilik mesyuarat dan diletakkan betul-betul di kaki Hitler. Akibat kecacatan yang dialami Stauffenberg, beliau hanya berjaya menghidupkan satu dari dua bom C4 tersebut. Sebelum bom itu meletup, beliau telah melarikan diri, namun beliau sempat melihat letupan kuat sehingga menyebabkan kem tentera di Wolf Lair menjadi kelam kabut. Pada fikirannya, Hitler telah Berjaya dibunuh!

Di Pejabat Jeneral Olbricht, Mertz menerima panggilan dari ketua Semboyan, Fellgiebel. Namun terdapat gangguan komunikasi sehingga Mertz tidak mendengari apa yang diujarkan oleh ketua semboyan itu. Akibat tidak mendapat kepastian mengenai kematian Hitler, Olbricht telah menangguhkan Operasi Valkyrie.

Setelah 3jam berlalu, stauffenberg dan Haeften tiba di Berlin. Mereka mendapati tiada operasi ketenteraan di Ibukota Jerman itu. Dengan perasaan marah, dia telah menghubungi Jeneral Olbricht supaya melancarkan Valkyrie dengan kadar segera. Operasi itu di lancarkan. Semua bangunan kementerian di tutup dan di kawal rapi. Stauffenberg menggunakan kuasanya sebagai komander tentera simpanan untuk menahan semua ahli parti Nazi, SS (Polis rahsia Nazi) dan Gestapo. Semua menteri-menteri ditahan dan dilucutkan kuasa.

Di Wolf Lair, lain pula ceritanya. Letupan C4 itu langsung tidak membunuh Hitler (mungkin bom itu masuk angin hahaha). Hitler menghubungi ketua Tentera Simpanan, Otto Ernst Remer melalui telefon supaya mengabaikan arahan dari Stauffenberg dan menahan semua Pegawai tentera yang terlibat dengan Operasi itu. Akibatnya operasi itu menemui kegagalan dan rampasan kuasa oleh kementerian Perang gagal. Hitler mahu semua yang terlibat dibicarakan, namun, Jeneral Friedrich Fromm telah menghukum bunuh ke atas Olbricht, Metrz, Stauffenberg dan Haeften.

Maka berakhirlah penentangan terhadap Nazi pada waktu itu. Kisah ini tertulis dalam sejarah Jerman yang menunjukkan pembelotan pegawai tentera yang tidak setia. Namun, niat mereka murni keran mahu tamatkan perang yang merugikan Jerman. Stauffenberg sebelum ini merupakan komander Panzer (kereta kebal) Jerma di Tunisia. Beliau mengalami kecederaan akibat serangan udara British yang telah menyebabkan mata kirinya buta, tangan kanan kudung dan dua jari kiri putus. Sejak beliau ditugaskan menakluk Afrika utara, beliau menganggap tugasnya sebagai tentera adalah sia-sia kerana menyerang Negara lain sesuka hati sehingga ramai rakyat Jerman terkorban sia-sia.

Pembelotan sebegini bolehlah dianggap mulia walaupun mereka berjaya menyeludup bom C4. Sekurang-kurangnya mereka mahu menyelamatkan Jerman dari kemusnahan besar akibat perang. Kisah ini telah difilemkan pada 2008 bertajuk Valkyrie.



Skandal TUDM

Pegawai-pegawai tentera Malaysia berjaya menyeludup keluar enjin jet dan dijual ke negara luar. Ini pembelotan yang tidak mulia kerana akibat perbuatan mereka, pertahanan udara boleh lumpuh. Bayangkan jika skuardon itu mempunyai 10 jet. Dua enjin telah hilang, maka hanya lapan sahaja yang boleh digunakan. Lagi dua nak guna apa? Enjin lori? Itu baru enjin yang hilang. Ini laporan akbar 23 Disember 2009:

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap lebih banyak kes penyelewengan peralatan ketenteraan berikutan penemuan maklumat baru kehilangan pelbagai kelengkapan, selain dua enjin jet tempur F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini.

Ada peralatan lain hilang? Agaknya radar jet. Lepas ini TUDM bolehlah guna kompas saja. Jika skandal ini selesai dan semua yang terlibat telah ditangkap, aku akan tulis cerpen mengenai pembelotan hina pada Negara macam ini. Jijik betul bila ada yang jadi pembelot Tanah Air. Tak Nasionalis langsung!

3 ulasan:

nadia saari berkata...

nasionalis hanya pd nama dan pangkat.
jati diri?
kesetiaan kpd ngra?
kedaulatan undang2?

hurmmm.
y tinggal kata2 pd rukun ngra.
tp pelaksanaan.
jauh panggang dr api.

fara berkata...

Sokong cakap Yaya tu.
Hanya nak nama dan pangkat.
Tanggungjwb pada negra sume ilang!

Cite valkyrie memang best!

ACAP berkata...

yaya & Ms.Independant: dlm akhbar ckp yg buat keje ni pangkat sarjan ke bwh. 2 pun kerajaan masih nk menipu rakyat. logik ke sarjan yg curi?ni mesti keje pangkat besar ni