Selasa, Disember 22

Belum Perang sudah ada Pembelot

Malaysia, Malaysia. Belum pernah diserang mana-mana kuasa tentera luar, tetapi sudah ada anggota tentera yang berjinak-jinak jadi pembelot. Baca laporan akhbar ini:

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama……

Enjin pesawat skuadron ke-12 Scorpion telah dijual di luar Negara berikutan permintaan yang tinggi terhadap enjin yang berharga RM50 juta.



Kecoh sungguh Malaysia ini. Apalah nasib malang rakyat Negara ini yang mempunyai pemimpin korup serta pegawai tertinggi kerajaan turut sama korup. Inilah nilai wang dan rasuah serta penyelewengan yang berlaku dalam Negara kita. Kalau ada menteri ambil komisyen dari pembelian senjata, itu sudah dianggap tidak wajar, apatah lagi ada pegawai tentera yang sanggup jual maruah Negara.

Maruah yang dimaksudkan adalah enjin pesawat tersebut. Dengan mudah enjin itu dibawa keluar dari Negara semata-mata untuk dijual di pasaran gelap. Bayangkan jika berlaku pencerobohan ruang Negara, apakah TUDM benar-benar bersedia mempertahankan tanah air? Skuadron tersebut merupakan pasukan tempur dan pemintas. Apakah tempur dan pemintas? Misi yang perlu dijalankan oleh pesawat ini seperti contoh memintas pesawat pengebom musuh.

Ini baru skandal dalam TUDM yang TERBOCOR ke pengetahuan umum. Agaknya tentu banyak penyelewengan yang dilakukan cuma rakyat sahaja yang tidak tahu rahsia disebalik tentera Malaysia.

Ini contoh penyelewengan yang diajar oleh para pak menteri. Kalau lama dibiarkan, Malaysia diancam bahaya bukan kerana orang luar, tetapi kerana warganya sendiri.

Makin menyampah baca berita fasal TUDM ni lebih-lebih lagi Nampak muka najib bagi kenyataan. Busuk punya orang….

8 ulasan:

fara berkata...

Memang bahaya la kalo musuh dah kenalpasti kelemahan kite. terutama dari segi senjata yg digunakan.

ACAP berkata...

mmg dah tau pun. malaysia guna senjata lama

checkmate berkata...

kapal selam pun 2nd hand..
nuri 2nd hand..
rosmah 2nd hand..hahahaha

ACAP berkata...

hahaha. lawak2. mmg pun rosmah 2nd hand. tp mmg betul r. bapak aku bekas askar. dia tgk byk jentera atm sama dgn yang dia tgk masa 80an

ACAP berkata...

hahaha. lawak2. mmg pun rosmah 2nd hand. tp mmg betul r. bapak aku bekas askar. dia tgk byk jentera atm sama dgn yang dia tgk masa 80an

checkmate berkata...

hahahaha...kesian bik mama... najib punya pasai dia yg kena..

nadia saari berkata...

huh.
betul2.
smpai bile nk maju.
klu sume berebut2 nk mundur.
berebut2 nk jatuhkan sesama sndri.

aishh.
Malaysia.
Malaysia.

ACAP berkata...

betul 2 yaya
ni soal duit n penyelewengan
dorg sggp kejar duit dari pertahan negara